Siakap Keli
Raptai ASEAN jalan ditutup
Gambar: Bernama

Raptai ASEAN: Beberapa Jalan Ditutup Pada Esok, Khamis

Raptai ASEAN: Beberapa Jalan Ditutup Pada Esok, Khamis

PUTRAJAYA — Berapa jalan akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat pada Rabu dan Khamis bersempena raptai Penganjuran Kepengerusian ASEAN Ke-46 (ASEAN Summit 2025).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut berkongsi infografik mengenai, kawalan trafik yang akan dijalankan pada dua hari berkenaan melibatkan laluan dan kawalan yang telah ditetapkan.

Ia termasuk pergerakan motoked, kawalan & laluan lokasi persidangan dan simulasi kawalan di hotel & KLCC.

“Raptai pergerakan motoked akan melibatkan laluan dari lapangan terbang ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur, KLCC dan Istana Negara.

“Penutupan jalan akan dilakukan mengikut jadual sebenar, pengguna jalan raya dinasihati mengelakkan laluan terlibat & mematuhi arahan petugas trafik.

“Kerjasama anda amat dihargai demi kelancaran persiapan negara sebagai tuan rumah,” maklum KDN.

Gambar: KDN

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata , jalan yang ditutup melibatkan laluan ke dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Istana Negara serta laluan ke hotel penginapan di ibu negara

“Aktiviti raptai (Dry-Run) pergerakan motoked melibatkan laluan daripada lapangan terbang hingga ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur, KLCC dan istana negara pada 21 hingga 22 Mei 2025,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA: Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Di Lembah Klang Ditutup Sempena ASEAN

Tambah beliau, seramai 789 orang pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis terlibat dalam raptai ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya disarakan untuk merancang perjalanan lebih awal dan juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam sebagai tanda sokongan penganjuran acara ini berlangsung dengan memberi keutamaan kepada laluan-lauan yang terkesan.

“Antaranya laluan masuk dan keluar ibu negara, laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA & Subang), laluan ke KLCC, laluan ke Istana Negara dan laluan ke hotel-hotel penginapan,” maklum kenyataan itu.

https://www.facebook.com/JsptKL/posts/pfbid0b6hq4ofW8RJAzxddaCAtuEPDSfQLUZX2hbMxHrjBa1M1UFbHskqvq7zmZuGXwgwkl

Penugasan penuh akan bermula dari 23 Mei hingga 28 Mei 2025 dan JSPT akan melaksanakan penutupan jalan raya berperingkat dan lencongan jalan melibatkan enam lebuhraya dan 25 jalan utama sekitat Lembah Klang.

Kenderaan Perdagangan, Berat Dilarang Memasuki Jalan

Sementara itu, kenderaan perdagangan dan kenderaan berat adalah dilarang memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur sepanjang tempoh penutupan atau lencongan jalan raya khususnya semasa waktu puncak.

Ia bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko kenderaan rosak dan kemalangan jalan raya.

“Kerja sama orang ramai yang cakna dengan arahan semasa petugas-petugas di lapangan amatlah dihargai bagi menaikkan imej negara sebagai pengguna jalan raya yang berhemah dan berdisiplin.

Sumber JSPT KL, KDN 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.