Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Infinix Melancarkan GT 30 Pro: Sebuah Telefon Flagship Permainan Dibina untuk “Carry Like A Pro” dengan Prestasi FPS Sepanjang Hari

Siti Sakinah
Infinix Melancarkan GT 30 Pro: Sebuah Telefon Flagship Permainan Dibina untuk "Carry Like A Pro" dengan Prestasi FPS Sepanjang Hari
Gambar Hiasan

Infinix Melancarkan GT 30 Pro: Sebuah Telefon Flagship Permainan Dibina untuk “Carry Like A Pro” dengan Prestasi FPS Sepanjang Hari

KUALA LUMPUR, May 21, 2025 Infinix, sebuah jenama teknologi bergaya untuk pengguna muda secara rasmi telah mengumumkan pelancaran GT 30 Pro, model generasi ketiga dalam Siri GT — direka khas untuk para gamer yang mahukan prestasi yang lebih dalam sesebuah telefon pintar. Sebagai peranti GT pertama yang menawarkan Sistem FPS Penuh Sepanjang Hari yang sebenar dan dilengkapi dengan GT Trigger eksklusif, GT 30 Pro menetapkan standard baharu dalam prestasi dan kawalan bagi kategori pertengahan.

GT 30 Pro hadir dengan paparan AMOLED 1.5K 144Hz, cip MediaTek Dimensity 8350 5.5G, pengecasan pantas tanpa dan dengan wayar, sistem kamera 108MP, serta ciri terbaharu One-Tap Infinix AI — semuanya dibalut dengan rekaan siber-mekanikal futuristik.

“Di Malaysia, permainan mudah alih bukan sekadar hobi – ia adalah sebuah gaya hidup dan juga sebuah karier,” kata Tommy Xiong, Pengarah Negara Infinix Malaysia. “Di Infinix, kami memahami betapa eratnya permainan mudah alih dalam kehidupan pengguna kami dan kami komited untuk menyediakan ciri-ciri telefon pintar yang memudahkan gaya permainan terbaik pada harga yang mampu milik. GT 30 Pro dibina untuk memperkasakan setiap pemain, daripada gamer santai hinggalah mereka yang ingin merealisasikan impian menjadi pemain profesional, untuk benar-benar Carrrrrry Like A Pro.”

Kuasai Permainan: Edisi Master GT Gaming Membuka Pengalaman Full FPS

Infinix GT 30 Pro diperkenalkan dengan Edisi Master Gaming, satu set perkakasan khas yang direka untuk melonjakkan prestasi permainan mudah alih. Edisi ini merangkumi dua aksesori eksklusif seperti MagCharge Cooler, iaitu kipas pengecasan magnet tanpa wayar dan MagCase, sarung telefon yang dioptimumkan secara terma. Kedua-duanya membentuk penyelesaian menyeluruh yang meningkatkan penyejukan, kecekapan tenaga dan keselesaan — direka khusus untuk pemain permainan mudah alih yang kompetitif.

MagCharge Cooler menggunakan reka bentuk bermagnet yang mudah dipasang serta kawalan voltan pintar untuk memberikan penyejukan 30% lebih cekap. Setelah disambungkan, ia mengaktifkan “Draco Mode” yang membolehkan pengecasan tanpa wayar dan penyejukan aktif berlaku serentak semasa bermain. MagCase pula, yang diperbuat daripada bahan terma generasi baharu, meningkatkan pelepasan haba sambil mengekalkan keserasian dengan aksesori bermagnet.

Dengan sistem terma yang menyeluruh ini, GT 30 Pro menjadi salah satu daripada segelintir peranti dalam kelasnya yang mampu memberikan pengalaman permainan kadar bingkai tinggi sepanjang hari yang sebenar, termasuk pensijilan rasmi 120FPS untuk permainan popular seperti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Disokong oleh teknologi penyejukan 3D Vapor Cloud Chamber (3DVCC) daripada Infinix dan RAM lanjutan sehingga 24GB, para pemain dapat menikmati permainan yang lancar tanpa masalah kepanasan atau lengah.

Dibina untuk Peringkat Tertinggi: GT 30 Pro Menjana Kuasa Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim ke-16

Standard prestasi Infinix GT 30 Pro telah diperakui melalui peranannya sebagai Telefon Pintar Permainan Rasmi untuk Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim ke-16. Dipilih untuk menyokong salah satu kejohanan e-sukan paling kompetitif di rantau ini, GT 30 Pro memenuhi kriteria tepat permainan berprestasi tinggi yang memberikan kelajuan, kestabilan dan tindak balas yang dipercayai oleh pemain profesional di pentas e-sukan MLBB. Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kedudukan Infinix sebagai peneraju inovasi dalam permainan mudah alih.

Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Esukan Malaysia di MOONTON Games, berkata: “Dengan pelancaran GT 30 Pro, Infinix telah meletakkan standard baharu untuk permainan berprestasi tinggi yang mampu milik. Sebagai Telefon Pintar Permainan Rasmi untuk MPL Musim ke-16, GT 30 Pro akan membolehkan lebih ramai pemain merasai pengalaman MLBB pada tahap kompetitif, sama ada mereka atlet yang sedang meningkat naik atau peminat harian. Kami teruja menyambut kehadiran teknologi inovatif yang memperkasakan golongan belia untuk menghayati semangat #PantangMengalah dan membawa e-sukan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.”

Kawalan di Hujung Jari Anda: GT Trigger Mentakrif Semula Kecekapan Permainan Mudah Alih

GT 30 Pro memperkenalkan GT Trigger, sepasang butang kapasitif yang disepadukan ke dalam rangka telefon. Berbeza dengan aksesori mekanikal yang besar dan berat, pencetus sensitif sentuhan ini memberikan input yang tepat dan latensi rendah — sesuai untuk menukar gear, mengaktifkan kemahiran, atau menembak dengan kelajuan tahap profesional. Menyokong konfigurasi empat dan enam jari, sistem ini juga membolehkan tekan lama pada kedua-dua pencetus untuk melancarkan permainan yang telah ditetapkan dengan serta-merta.

Selain daripada kelebihan pada prestasi permainan mudah alih, GT Trigger turut berfungsi sebagai pintasan produktiviti untuk tindakan seperti mengambil gambar, melancarkan aplikasi, atau mengawal media. Dipadankan dengan kadar pensampelan sentuhan 2160Hz, laporan 240Hz, dan sensor gyro enam paksi, peranti ini membolehkan kawalan berasaskan gerakan yang sangat responsif dan meningkatkan pengalaman bermain dalam permainan perlumbaan, menembak, dan pengembaraan. Sama ada mengetik atau memiringkan, pengalaman kekal pantas, lancar, dan mengasyikkan.

Kekal Sejuk Walaupun pada Tekanan Tinggi: Cip, Penyejukan, dan Sambungan yang Optimum Untuk Tahap Permainan yang Lebih Menyeronokkan

Kuasa di Sebalik Infinix GT 30 Pro ialah Cipset Permainan Premium MediaTek Dimensity 8350 5G, pemproses permainan canggih yang direka untuk permainan yang lebih pantas, lancar, dan tahan lama. Dengan teknologi proses 4nm, GT 30 Pro menawarkan prestasi yang lebih tinggi serta kecekapan tenaga yang ekstrem untuk jangka hayat bateri yang lebih lama. Sementara itu, dengan Teknologi Permainan HyperEngine daripada MediaTek, pengguna boleh menikmati kadar bingkai yang stabil dan pengurusan sumber yang pintar, memastikan setiap perlawanan berjalan lancar tanpa gangguan. Disokong lagi oleh keupayaan CPU, GPU, dan AI yang hebat, GT 30 Pro mengubah permainan mudah alih menjadi pengalaman yang benar-benar mengasyikkan, sesuai untuk para pemain yang ingin Carry Like A Pro.

“Di MediaTek, misi kami adalah untuk memperkasakan pengguna dengan pengalaman mudah alih yang luar biasa melalui teknologi inovatif,” kata Will Chen, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Perniagaan Tanpa Wayar MediaTek. “Cipset MediaTek Dimensity 8350 5G, yang dipasang dalam Infinix GT 30 Pro, mencerminkan komitmen ini dengan memberikan prestasi setaraf flagship dan kecekapan tenaga. Kerjasama kami dengan Infinix memastikan para pemain menerima kuasa dan tindak balas yang mereka tuntut, menetapkan standard baharu untuk kecemerlangan permainan mudah alih.”

Permainan Lebih Pintar dan Mengasyikkan: Alat Permainan Dipertingkatkan

GT 30 Pro mengintegrasikan keupayaan AI seperti Magic Voice Changer, pencahayaan belakang dinamik dengan lebih 14 mod permainan, dan XBOOST AI untuk penalaan prestasi. Dengan fungsi AI Magic Box yang disesuaikan untuk pelbagai permainan mudah alih, para pemain mendapat manfaat daripada ciri melangkau dialog, auto-loot, dan kawalan pemulihan — membawa kecerdasan kepada setiap keputusan dalam permainan.

Dengan getaran 4D X-Haptics, Audio Boost untuk penguatan isyarat bunyi, dan Game Visual Boost untuk meningkatkan keterlihatan serta mengurangkan keletihan mata, GT 30 Pro meningkatkan setiap elemen deria dalam permainan mudah alih. Alat seperti XArena Game Space memastikan zon permainan yang bersih dan bebas gangguan untuk semua pengguna.

Rekabentuk yang memukau: Mechanical Light Waves Menetapkan Suasana Bermain Dengan Penuh Gaya

GT 30 Pro hadir dalam tiga pilihan warna menarik—Shadow Ash, Blade White, dan Dark Flare dengan pencahayaan RGB—semuanya dibina pada rangka CNC yang diukir dengan tekstur mekanikal, butiran sains fiksyen, dan kerangka komposit yang tahan lasak. Terasnya ialah Mechanical Light Waves, satu sistem pencahayaan dinamik dengan aksen elektrokromik dan corak diinspirasikan oleh litar elektronik.

Sistem pintar ini bertindak balas secara masa nyata dalam 14 senario penggunaan dengan lebih daripada 20 efek pencahayaan—untuk panggilan, mesej, pengecasan, rentak muzik, atau aksi utama dalam permainan seperti membunuh atau letupan kerosakan. Dari cahaya putih lembut hingga denyutan RGB penuh, ia menggabungkan kegunaan harian dengan gaya yang bersedia untuk e-sukan.

Reka bentuk mengasyikkan ini disokong oleh paparan AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, PWM dimming 2160Hz, pensijilan keselesaan mata TÜV Rheinland, dan kecerahan sehingga 4500 nits. Dengan sokongan HDR dan kedalaman warna 10-bit, visual kekal jelas dan lancar dalam apa jua keadaan.

Lebih Daripada Prestasi Permainan Mudah Alih: Bateri, Kamera, dan AI yang Sentiasa Memudah Aktiviti Harian Pengguna

Dilengkapi dengan bateri 5500mAh, pengecasan berwayar 45W dan tanpa wayar 30W, GT 30 Pro memastikan pengguna kekal bertenaga sepanjang hari. Bypass Charging 2.0 melindungi kesihatan bateri semasa bermain dengan menghantar kuasa terus ke papan induk, mengurangkan haba dan mengoptimumkan keselamatan.

Menampilkan kamera utama 108MP, ultra-lebar 8MP, dan kamera hadapan 13MP, GT 30 Pro membolehkan fotografi yang jelas dan dinamik. Ciri AI terbina seperti penghapusan objek, potongan dan pengembangan foto memudahkan penyuntingan dan penciptaan kandungan untuk pembuat kandungan mudah alih.

Dengan One-Tap Infinix AI, dikuasakan oleh Folax dan DeepSeek R1, GT 30 Pro memasuki era Gen-Beta. Ciri seperti ringkasan dokumen, penyuntingan foto, terjemahan panggilan pelbagai bahasa, penciptaan wallpaper AI, dan carian kontekstual membolehkan pengguna meningkatkan produktiviti dan ekspresi dengan usaha minimum — baik dalam permainan mahupun di luar.

GT VERSE: Ekosistem Permainan Infinix

GT VERSE merupakan pandangan pertama ke dalam visi jangka panjang Infinix untuk membina sebuah alam semesta permainan yang saling berhubung. Kini berkembang melangkaui telefon pintar permainan, GT VERSE memperkenalkan satu tambahan baharu: XPAD GT.

XPAD GT ialah tablet permainan berprestasi tinggi yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 888, menampilkan paparan 144Hz, pembesar suara 3D surround, dan bateri 10,000mAh dengan pengecasan pantas 33W serta sistem penyejukan cecair VC yang canggih. Ia juga membawa teknologi AI Infinix ke skrin yang lebih besar, menggabungkan hiburan dengan produktiviti.

Infinix GT 30 Pro

Tarikh Jualan Rasmi

Rabu, 21 Mei 2025

Promosi

Percuma MagCharge Cooler & MagCase dengan setiap pembelian, sementara stok masih ada.

Platform Jualan Atas Talian

Kedai Rasmi Infnix di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop

Platform Jualan Luar Talian

Pengedar Rasmi Infinix

Jenis Warna yang Tersedia

Dark Flare, Shadow Ash, Blade White

RRP

256GB + 12GB (Semua Jenis Warna yang Tersedia) RM1,299 512GB + 12GB (Ekslusif Untuk Jenis Warna Dark Flare) RM1,499

Infinix XPAD GT

Tarikh Jualan Rasmi

Sabtu, 24 Mei 2025

Promosi

Free magnetic keyboard & stylus worth RM599 with every purchase, while stocks last

Platform Jualan Atas Talian

Kedai Rasmi Infnix di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop

Platform Jualan Luar Talian

Pengedar Rasmi Infinix

Jenis Warna yang Tersedia

Stellar Grey

RRP

256GB + 8GB RM1,699

Untuk informasi terkini dari Infinix Malaysia, layari website rasmi, Facebook, Instagram dan TikTok Infinix Malaysia.