Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
pelajar kv keningau
Kredit: Sirhajwan Idek

Cipta Serunding Sisik Ikan, Pelajar KV Keningau Juara Pertandingan Inovasi Antarabangsa

Azizah Najib

Cipta Serunding Sisik Ikan, Pelajar KV Keningau Juara Pertandingan Inovasi Antarabangsa

Sekumpulan pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan peringkat antarabangsa dalam kategori reka bentuk generatif bagi kumpulan sekolah menengah selepas mencipta serunding dari sisik ikan.

Kumpulan ini terdiri daripada lima pelajar program Seni Kulinari iaitu Thiery Christian dan Danish Asyraf yang merupakan pelajar tahun dua, serta Danial Jauhari Sidar, Faiz Asmaan Hamizan dan Iqwan Qhairi Naidu iaitu pelajar tahun akhir yang sedang menjalani latihan industri.

Inovasi kelima-lima pelajar yang dinamakan ‘Serusik’ ini dipertandingkan secara dalam talian menerusi pertandingan Greenovate 2025, anjuran Asia Pacific Children and Youth Talent Association yang berpusat di Hong Kong.

Pertandingan yang merangkumi dua kategori utama iaitu reka bentuk artistik dan reka bentuk generatif ini bertujuan menggalakkan generasi muda mencipta produk yang yang membantu dalam pemeliharaan alam sekitar.

Keputusan pertandingan telah diumumkan secara rasmi pada 16 Mei 2025 di laman sesawang penganjur.

Menurut mereka, idea menghasilkan Serusik tercetus apabila menyedari sisik ikan merupakan bahan buangan dapur yang sering menjadi isu kerana bau hanyir serta sukar dibersihkan. Dengan harga jualan serendah RM8 sepeket, produk ini telah mendapat maklum balas positif daripada komuniti setempat malah turut berjaya dipasarkan dengan meraih keuntungan.

Serusik turut mengetengahkan citarasa tempatan dengan penggunaan bahan dari Sabah iaitu tuhau yang memberikan rasa masam dan sedikit pedas dalam hidangan.

Projek ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kolej menceburi perusahaan sosial dengan mengitar semula bahan terbuang menjadi produk yang boleh dijual. Sebelum ini, mereka turut memenangi pertandingan Reimagine Waste anjuran Catalyst of Change ASEAN.

Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang, mengucapkan tahniah kepada pasukan terbabit atas usaha gigih mereka. Beliau berkata kejayaan ini sejajar dengan matlamat pendidikan Kolej Vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu melahirkan lebih ramai usahawan muda.

Sumber: Asia Pacific Children and Youth Talent Association, Sirhajwan Idek

BACA: Sisik Ikan Dijadikan Serunding, Pelajar KV Keningau Juarai Pertandingan Pengurusan Sisa

BACA: Cara Semak Kelayakan Kursus Politeknik, Kolej Komuniti 2025