Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
pelancong anak kecil malaysia
Gambar: TikTok @samantha.smith15

Tak Perlu Risau Bawa Anak Kecil Ke Malaysia, Pelancong Kongsi Sebabnya

Iqbal Yasir

Tak Perlu Risau Bawa Anak Kecil Ke Malaysia, Pelancong Kongsi Sebabnya

Setiap kali melancong ke luar negara bersama anak kecil, tentunya menjadi satu cabaran besar buat ibu bapa khususnya dalam aspek pemakanan.

Apatah lagi, sesetengah makanan di sesebuah negara itu kadangkala mengikut tradisi budaya tempatan, menyebabkan selera perut kita sukar untuk menerimanya.

Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan pelancong ini yang berkongsikan pengalaman sewaktu menjejakkan kaki ke Malaysia.

Dalam video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @samantha.smith15, memaparkan keterujaan keluarganya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Makanan Dekat Malaysia Memang Next Level – Samantha

Menurut Samantha, dia terkejut melihat anak lelakinya yang berusia tiga tahun kelihatan gembira dan berselera menikmati semangkuk mi tanpa sebarang paksaan atau cerewet.

Baginya, ia sesuatu yang jarang berlaku sewaktu mereka bercuti di luar negara.

“Bahkan makanan di lapangan terbang Malaysia memang next level,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dia juga meluahkan rasa terkejut pada ruangan komen selepas mendapati rata-rata kedai makan dan restoran di sini masih beroperasi walaupun sudah jam 1 pagi.

“Kami cuba cari kedai makan pukul 1 pagi, tak sangka banyak kedai masih buka. Luar biasa,” katanya.

Dalam masa yang sama, Samantha berkongsi pengalaman melancong ke Malaysia sangat bermakna buatnya dan keluarga.

Katanya, mereka juga merancang untuk kembali semula ke Malaysia dalam masa terdekat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga bersetuju dengan pendapat yang dikongsikannya, yang menyifatkan Malaysia sebagai syurga makanan.

Berikut antara komen pengguna;

“Datang Malaysia 50kg, pulang dari Malaysia 80kg,” seloroh seorang pengguna.

“Hobi kami adalah suka makan 24 jam,” komen seorang lagi.

“Malaysia adalah syurga makanan, bila saya pergi ke Arab Saudi, saya jadi kurus. Bila saya balik Malaysia, saya makin berisi,” komen seorang lagi.

Sumber: TikTok @samantha.smith15

BACA: Gelagat Marshal Buka ‘Buah Silat’ Ketika Beri Isyarat Penerbangan Buat Ramai Terhibur

BACA: Banyak Lori Bantuan Yang Dibenarkan Masuk Ke Gaza Dipintas Penduduk Terdesak – PBB