Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Timor-Leste Anggota Penuh ASEAN
Gambar: BERNAMA

Timor-Leste Dijangka Menjadi Anggota Penuh ASEAN Menjelang Oktober – Anwar

Hannah

Timor-Leste Dijangka Menjadi Anggota Penuh ASEAN Menjelang Oktober – Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Pemimpin-pemimpin Asia Tenggara bersetuju menerima Timor-Leste sebagai anggota ke-11 blok serantau itu pada Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini, tertakluk kepada pematuhan beberapa syarat yang masih belum dipenuhi bagi keanggotaan penuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata para pemimpin telah mencapai kata sepakat untuk menyokong Timor-Leste dalam mengambil semua langkah yang perlu untuk menjadi anggota penuh blok serantau itu.

“Keputusan itu jelas menunjukkan persetujuan untuk menerima mereka sebagai anggota penuh menjelang Sidang Kemuncak akan datang pada Oktober, tertakluk kepada satu atau dua tindakan atau pembaharuan yang perlu dilaksanakan, khususnya berkaitan syarat di bawah tonggak ekonomi,” kata beliau pada sidang media mengakhiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini, hari ini.

Timor Leste, yang pertama kali memohon keanggotaan ASEAN pada 2011, telah diberikan status pemerhati pada mesyuarat peringkat tinggi pada 2022. Bagaimanapun, penyertaannya sebagai anggota penuh masih dalam proses penilaian.

Perdana Menterinya Kay Rala Xanana Gusmao, yang turut berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak itu dilaporkan optimis untuk memperoleh keanggotaan penuh menjelang akhir tahun ini.

Anwar berkata Timor-Leste sedang mengikuti langkah yang ditetapkan dalam memenuhi parameter dan tonggak utama iaitu merangkumi dimensi politik, ekonomi, dan perundangan, sebagai syarat penting sebelum menjadi anggota penuh ASEAN.

Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Timor-Leste Bendito dos Santos Freitas, menegaskan bahawa penyertaan negara itu dalam ASEAN bukan sekadar untuk manfaat ekonomi, tetapi juga bagi menguatkan suara negara di peringkat serantau serta selaras dengan ASEAN Outlook on the Indo-Pacific.

Timor-Leste berusaha menyertai ASEAN sejak 2011. Semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 pada November 2022, ASEAN bersetuju secara prinsip menerima Timor-Leste sebagai anggota ke-11, tertakluk kepada pemenuhan syarat dalam Peta Jalan Keanggotaan Penuh.

Hala tuju tersebut merangkumi tiga pelan kerja fokus kepada isu politik dan keselamatan, kerjasama ekonomi, serta hubungan sosial dan budaya yang perlu dilaksanakan sebelum keanggotaan penuh diberikan.

Anggota ASEAN kini ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dianjurkan di bawah Pengerusian Malaysia bagi 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ semalam, diikuti dua sesi berprestij iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China, yang diadakan buat pertama hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sebagai pengerusi selepas sidang kemuncak berakhir, Anwar berkata pemimpin ASEAN telah mengarahkan menteri-menteri dan pegawai kanan masing-masing melaksanakan langkah-langkah prosedur bagi penerimaan Timor-Leste pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan pada Oktober, selain mempercepatkan rundingan mengenai perjanjian ekonomi utama.

“Kami mengarahkan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN, dengan sokongan daripada semua Badan Menteri Sektoral ASEAN (ASMB) yang berkaitan dan Sekretariat ASEAN, untuk memberikan sokongan yang diperlukan bagi memudahkan integrasi Timor-Leste ke dalam Komuniti ASEAN,” menurut kenyataan tersebut.

Negara-negara anggota ASEAN menyambut baik pengoperasian Unit Timor-Leste yang ditubuhkan untuk memantau kemajuan pelaksanaan pelan tindakan keanggotaan serta untuk menyelaraskan sokongan daripada negara anggota ASEAN dan rakan luar.

Menurut kenyataan itu, mereka menggalakkan rakan-rakan mereka agar terus memberikan sokongan kepada Timor-Leste dalam memenuhi kriteria yang telah digariskan dalam pelan tindakan tersebut.

BACA: Sultan Brunei Masuk IJN

Sumber: BERNAMA