Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Tempat Duduk Berdiri
Kredit: X @williamlegate

Tempat Duduk Berdiri Dijangka Bakal Dilancarkan Syarikat Penerbangan Kos Rendah 

Siti Nur Ain Natasya

Tempat Duduk Berdiri Dijangka Bakal Dilancarkan Syarikat Penerbangan Kos Rendah

Permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan terus meningkat saban tahun, didorong oleh pertumbuhan industri pelancongan global yang kian rancak.

Namun begitu, peningkatan kos bahan api, penyelenggaraan dan pelbagai caj tambahan lain telah menyebabkan harga tiket penerbangan juga semakin tinggi.

Hal ini merupakan cabaran besar yang semakin dirasai oleh para pengguna, terutama mereka yang mementingkan bajet perjalanan.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini, beberapa syarikat penerbangan kos rendah di Eropah dipercayai bakal memperkenalkan konsep tempat duduk baharu yang dikenali sebagai “Skyrider 2.0”.

Apa itu tempat duduk Skyrider 2.0?

Skyrider 2.0 ialah sejenis tempat duduk pesawat yang direka oleh sebuah syarikat dari Itali, Aviointeriors. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2018.

Tempat duduk ini membolehkan penumpang duduk dalam keadaan condong kira-kira 45 darjah, seperti duduk di atas pelana (tempat duduk belakang kuda). Dalam posisi ini, penumpang perlu banyak bergantung pada kekuatan kaki dan otot badan.

Tempat duduk ini bukan direka untuk keselesaan jangka panjang, tetapi sesuai untuk penerbangan jarak pendek, biasanya tidak melebihi dua jam.

Antara ciri utama Skyrider 2.0 termasuk:

1. Ringan: Beratnya hanya separuh daripada tempat duduk penerbangan biasa, jadi ia boleh bantu menjimatkan penggunaan minyak kapal terbang.

2. Reka bentuk padat: Jarak antara barisan tempat duduk lebih rapat, membolehkan lebih ramai penumpang naik (hingga 20 peratus lebih ramai).

3. Ada tali pinggang keselamatan: Walaupun reka bentuknya unik, ia masih lengkap dengan ciri keselamatan asas seperti tempat duduk biasa.

4. Mudah diselenggara: Kurang bahagian dan mudah dibersihkan, jadi kapal terbang boleh disiapkan lebih cepat antara penerbangan.

Mengapa syarikat penerbangan kos rendah berminat?

Langkah ini dilihat selari dengan strategi syarikat penerbangan untuk mencari kaedah menjimatkan kos dan memaksimumkan kapasiti.

Ketua Eksekutif Ryanair, Michael O’Leary, misalnya, telah menyuarakan idea tempat duduk berdiri sejak tahun 2012.

Model beliau mencadangkan 10 barisan tempat duduk Skyrider di bahagian hadapan kabin, diikuti tempat duduk biasa di bahagian belakang.

Kelebihan yang ditawarkan kepada syarikat penerbangan termasuk:

1. Tambang tiket jadi sangat murah: Terdapat spekulasi bahawa tiket sehala boleh serendah €1 hingga €5 (sekitar RM5–RM25).

2. Bawa lebih ramai penumpang: Lebih ramai penumpang dalam satu penerbangan bermaksud margin keuntungan yang lebih besar.

3. Cepat dan mudah diselenggara: Masa pembersihan dan penyelenggaraan yang lebih singkat membolehkan pesawat beroperasi dengan lebih efisien.

Menurut Euro Weekly News, beberapa syarikat penerbangan lain dari Sepanyol hingga Eropah Timur turut menunjukkan minat untuk menggunakan konsep ini.

Reaksi orang ramai

Walaupun konsep ini dilihat inovatif, pendapat umum masih bercampur-baur.

Ada yang teruja dengan tawaran harga tiket luar biasa murah. Manakala, sebahagian lagi mempersoalkan keselesaan dan kesan kesihatan akibat berdiri dalam tempoh yang lama di udara.

Namun begitu, Aviointeriors menegaskan bahawa Skyrider 2.0 telah lulus semua ujian keselamatan, termasuk simulasi kecemasan dan proses pemindahan pantas dari kabin.

Bagi penumpang yang tidak selesa dengan konsep baharu ini, tempat duduk biasa tetap akan ditawarkan dengan sedikit tambahan harga.

BACA: Wanita Kongsi Detik Terakhir Sebelum Abah ‘Pergi’, Buat Ramai Sayu Hati

BACA: Hari Hol Pahang: Sejarah, Tarikh & Tradisi Negeri

BACA: Terhibur Tengok Haziq Nadzli Explain Pasal “Offside” Dekat Isteri

Sumber: Euro Weekly News