Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Cara Betul Guna Dryer
Gambar: AI/ImageFX

Tip: Cara Betul Guna “Dryer” Untuk Elak Baju Kedut Teruk 

Hannah

Tip: Cara Betul Guna “Dryer” Untuk Elak Baju Kedut Teruk

Ramai antara kita rasa dah cukup mahir guna mesin pengering atau “dryer”. Tapi hakikatnya masih ramai yang ‘main masuk je’ baju ke dalam dryer tanpa tahu cara yang betul.

Akibatnya, baju keluar dalam keadaan berkedut teruk, bau pun tak segar mana. Kalau anda jenis tak sempat sidai atau memang guna dryer setiap minggu, penting untuk tahu cara yang betul supaya baju lebih tahan lama dan kurang kedut.

Jadi, kami kongsikan cara betul untuk guna dryer supaya hasilnya lebih memuaskan.

Mula dengan langkah asas

1. Baca Manual Mesin

Setiap jenama dryer ada tetapan yang berbeza. Ambil masa untuk baca manual, terutamanya bahagian suhu dan masa pengeringan. Ini bantu anda kenal pasti mod yang sesuai untuk jenis fabrik tertentu.

2. Periksa Penapis Lint

Sebelum mula pengeringan, pastikan anda bersihkan penapis “lint”. Jika tersumbat, bukan saja boleh naikkan bil elektrik, malah berisiko jadi punca kebakaran. Bersihkan selepas setiap penggunaan untuk pastikan prestasi dryer “tip top”.

Cara betul masukkan baju ke dalam dryer

1. Kibas satu-satu

Sebelum masuk dalam dryer, kibas setiap helai baju. Langkah mudah ini bantu kurangkan kedut dan elak baju melekat sesama sendiri.

2. Jangan terlebih muatan

Kalau dryer penuh sangat, baju tak dapat berpusing dengan sempurna. Ini menyebabkan masa pengeringan lebih lama dan lebih banyak kedut. Jadi, elakkan overload.

3. Asingkan ikut jenis kain

Elok asingkan kain tebal dan kain nipis. Contohnya, jangan campur tuala dengan pakaian dalam atau baju kerja. Fabrik berbeza perlukan suhu dan masa yang berbeza juga.

4. Tambah dryer sheet

Letak dryer sheet boleh bantu hilangkan elektrik statik, lembutkan pakaian dan beri bau yang lebih segar. Pilih yang sesuai untuk kulit sensitif jika perlu.

5. Pilih mod yang sesuai

Kalau banyak baju kapas, guna mod regular. Untuk fabrik sintetik atau baju kerja, guna mod permanent-press yang guna suhu lebih rendah dan elak kedutan.

Elakkan guna suhu tinggi untuk semua jenis baju kerana ini boleh pudarkan warna dan rosakkan tekstur fabrik.

6. Semak label penjagaan baju

Sebelum masukkan apa-apa ke dalam dryer, sentiasa semak label penjagaan baju. Ini kerana ada beberapa item yang tak sesuai dimasukkan ke dalam dryer.

Cara keluarkan baju dari dryer tanpa kedut

1. Kibas lagi sekali

Sebaik sahaja dryer berhenti, keluarkan satu persatu dan kibas. Ini langkah kedua elak kedut dan buat baju lebih mudah digantung.

2. Jangan biarkan menimbun dalam bakul

Kalau biar baju bertimbun dalam bakul lepas keluar dari dryer, haba dari dryer tu akan ‘set’ kedut pada fabrik. Sebaiknya, terus lipat atau gantung baju masa masih panas atau sedikit lembap. Ini cara paling berkesan elak baju berkedut dan jimat masa seterika.

BACA: Kajian Dedah Span Dapur Lebih Kotor Dari Tandas Di Rumah

Sumber: Southern Living