Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
amorim ambil tanggungjawab
Kredit: Bernama

Amorim Ambil Tanggungjawab Kekalahan Mengejut Kepada ASEAN All-Stars

Sofea

Amorim Ambil Tanggungjawab Kekalahan Mengejut Kepada ASEAN All-Stars

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Ketua jurulatih Manchester United Ruben Amorim tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas skuad bimbingannya tewas mengejut 0-1 kepada pasukan ASEAN All-Stars dalam saingan Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Kekalahan itu mengejutkan penyokong, yang menunjukkan rasa tidak puas hati sejurus perlawanan tamat, sekali gus dianggap sebagai satu reaksi di luar jangkaan daripada penyokong The Red Devils, khususnya peminat setia dari Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Pengendali kelahiran Portugal itu bagaimanapun menerima segala kritikan dengan hati terbuka dan mengakui kekecewaan yang diluahkan peminat pada aksi pertama jelajah pramusim mereka di Asia.

“Saya sentiasa bertanggungjawab terhadap prestasi pasukan, tidak kira apa jua keadaannya. Ejekan rasa tidak puas hati daripada peminat, saya rasa itu mungkin sesuatu yang perlu kami terima.

“Jika mereka (peminat) lihat (corak permainan Manchester United) tidak menjadi, reaksi mereka akan berubah,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.

BACA: PM Anwar Ucap Tahniah, ASEAN-All Stars Tewaskan Manchester United

Amorim, yang kecewa dengan keputusan itu berkata juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 13 kali itu sepatutnya beraksi lebih baik dan memenangi perlawanan berkenaan.

Jurulatih berusia 40 tahun itu mengakui skuad bimbingannya bermain dengan corak permainan yang perlahan dan kurang agresif dalam usaha menewaskan pasukan kendalian Kim Sang-sik.

Walaupun kekalahan itu mengecewakan, terutamanya United dijangka mampu mencatat kemenangan mudah, Amorim berkata perkara paling penting kini adalah bangkit semula dan memperbaiki prestasi pasukan.

Pemain dari Myanmar Maung Maung Lwin muncul wira pasukan ASEAN All-Stars apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71, sekali gus melakukan kejutan besar ke atas gergasi bola sepak England berkenaan.

Manchester United dijadualkan meneruskan jelajah pramusim mereka dengan perlawanan menentang skuad kebangsaan Hong Kong di Stadium Hong Kong esok.

Sumber: BERNAMA