Siakap Keli
mahkamah as sekat tarif
Kredit: AFP

Mahkamah AS Sekat Tarif Import Trump

Mahkamah AS Sekat Tarif Import Trump

Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyekat sebahagian besar tarif import yang dicadangkan Donald Trump daripada berkuat kuasa, lapor AFP.

Intitusi undang-undang itu juga memutuskan bahawa Trump telah melampaui kuasanya dengan levi global menyeluruh.

Langkah ini menandakan kemunduran yang ketara dalam tampuk kepimpinan Trump.

Perang perdagangan global beliau telah menggemparkan pasaran kewangan dengan kenaikan tarif. Menurut AFP, ia bertujuan untuk menghukum ekonomi-ekonomi yang menjual lebih banyak kepada negara itu berbanding apa yang mereka beli.

Trump berhujah bahawa defisit perdagangan yang terhasil dan ancaman yang ditimbulkan oleh kemasukan dadah merupakan ‘kecemasan negara’ yang mewajarkan tarif diperluas.

BACA: Elon Musk Angkat Kaki, Tinggalkan Pentadbiran Trump

Bagaimanapun, tiga hakim Mahkamah Perdagangan Antarabangsa memutuskan untuk menghalang sebahagian besar sekatan yang diumumkan Trump sejak memegang jawatan pada Januari.

Rumah Putih menyelar keputusan terbabit, dengan alasan bahawa hakim yang ‘tidak dipilih’ tidak berhak campur tangan berkenaan cara Trump menguruskan isu tersebut.

“Presiden Trump berikrar untuk mengutamakan AS dan pentadbiran komited untuk menggunakan setiap tuas kuasa eksekutif bagi menangani krisis ini dan memulihkan kehebatan AS,” kata jurucakap Trump, Kush Desai.

Susulan itu juga, peguam bagi pihak Trump memfailkan rayuan terhadap mahkamah itu.

Terdahulu, Trump mendedahkan duti import menyeluruh ke atas kebanyakan rakan dagangan pada 2 April dengan kadar asas 10 peratus. Ia ditambah lagi dengan levi yang lebih tinggi ke atas berpuluh-puluh ekonomi, termasuk China dan Kesatuan Eropah.

Sumber: AFP

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.