Siakap Keli
Perak EF English Proficiency Index (EF EPI)
Gambar: Dewan Budaya

Perak Negeri Paling Fasih Bahasa Inggeris Di Malaysia

Perak Negeri Paling Fasih Bahasa Inggeris Di Malaysia

Selain bahasa Melayu, keupayaan bertutur dalam bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris turut ditekankan sejak dari bangku sekolah kerana bahasa kedua ini digunakan secara meluas di serata dunia bagi memudahkan komunikasi.

Walaupun ramai di antara kita lebih memilih untuk bertutur dalam bahasa Melayu, jangan sangka rakyat kita tidak fasih.

Pasti anda pernah terpegun bila dengar seseorang bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar tanpa gugup gagap walaupun memiliki loghat negeri asal yang pekat.

Bagitulah dengan hasil keputusan EF English Proficiency Index (EF EPI) baru-baru ini yang mengejutkan ramai.

EF English Proficiency Index (EF EPI)

Perak EF English Proficiency Index (EF EPI)
Gambar: Dewan Budaya

Siapa sangka negeri yang terletak di sebelah utara Malaysia merangkul tempat pertama bagi indeks EF English Proficiency Index (EF EPI) pada tahun 2024 dengan skor tertinggi, 585.

Negeri Perak telah diiktiraf sebagai negeri yang fasih bertutur Bahasa Inggeris di Malaysia meskipun rata-rata rakyatnya mempunyai loghat negeri yang pekat.

Melihat kepada kedudukan terkini dalam carta indeks tersebut, terdapat tiga buah negeri di sebelah utara yang berada di kedudukan tiga teratas;

1. Perak – 585

2. Kedah – 583

3. Pulau Pinang – 583

4. Pahang – 580

5. Sarawak – 580

6. Selangor – 575

Perak EF English Proficiency Index (EF EPI)
Sumber: EF English Proficiency Index (EF EPI)

Bacaan indeks mengikut kategori bandar dibolot oleh bandar-bandar sebelah selatan, dengan Shah Alam di kedudukan pertama dengan skor setinggi 598, diikuti Kota Bharu, 585, Kuala Lumpur, 584, Kuantan, 582 dan di tempat kelima, Selangor, 563.

Secara keseluruhannya, Malaysia berada di posisi negara ketiga selepas Singapura dan Filipina daripada 23 buah negara di rantau Asia. Manakala mengikut kedudukan negara seluruh dunia, kita berada di tangga ke 26 daripada 116 negara.

Perak EF English Proficiency Index (EF EPI)
Sumber: EF English Proficiency Index (EF EPI)

Hasil kajian indeks ini mengejutkan ramai kerana ramai beranggapan bandar utama di Malaysia yang sering menjadi tumpuan seperti Kuala Lumpur dan Selangor bakal berada di kedudukan pertama.

Namun, hal ini patut dibanggakan kerana Malaysia tidak ketinggalan dalam mengikuti negara-negara lain bergerak maju kehadapan bagi masa depan yang lebih baik serta merapatkan jurang komunikasi sesama manusia.

Sumber: EF English Proficiency Index (EF EPI)

BACA: Paraglider ‘Terperangkap’ Dalam Awan Pada Ketinggian Hampir 9,000 Meter

BACA: Imej Burung Misteri Di Matahari Cetus Tanda Tanya, Saintis Tampil Jelaskan

BACA: Hukum Potong Kuku & Rambut Bagi Individu Yang Lakukan Korban

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.