Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jenama sukan terkemuka dunia, ASICS, kini memperkenalkan kasut larian terbaharunya GEL-KAYANO™ 32, kesinambungan kepada siri kasut kestabilan ikonik yang sudah lama menjadi pilihan pelari tegar seluruh dunia.
Diperkenalkan dengan reka bentuk midsole yang lebih canggih dan bahagian atas (upper) yang dikemas kini, model ini menawarkan pengalaman larian yang lebih lancar, selesa, dan responsif.
Keistimewaan utama GEL-KAYANO™ 32 terletak pada teknologi 4D GUIDANCE SYSTEM™ yang telah dibangunkan menerusi kajian dan ujian menyeluruh. Sistem ini membantu kaki bergerak secara semula jadi dan lebih efisien, sekaligus memberi kestabilan dinamik yang amat diperlukan ketika larian jarak jauh atau pada permukaan mencabar.
Reka bentuk ini mengekalkan DNA keselesaan premium yang sinonim dengan siri GEL-KAYANO™, sambil memberikan tumpuan kepada keperluan pelari moden.


Antara naik taraf paling ketara adalah penggunaan FF BLAST™ PLUS buih (foam) ringan dan responsif yang memberikan rasa lembut di tapak kaki, bersama daya lantunan yang tinggi. Tambahan 2mm buih di bahagian depan kasut memberikan lebih banyak kusyen dan keselesaan setiap kali kaki mencecah permukaan.
PureGEL™, teknologi penyerap hentakan terbaru daripada ASICS, pula membantu memastikan transisi langkah yang lebih lancar, sambil mengurangkan tekanan di setiap langkah.
Kasut ini juga tampil dengan reka bentuk mesh yang diperbaharui, menjadikan bahagian atas lebih lembut dan selesa. Ia digabungkan dengan struktur tongue wing yang stabil dan direka untuk menyokong lengkungan kaki secara peribadi satu kelebihan besar untuk pelari yang perlukan sokongan tambahan di bahagian tengah kaki.

Untuk daya cengkaman, GEL-KAYANO™ 32 hadir dengan HYBRID ASICSGRIP™ outsole, memastikan kasut lebih tahan lasak dan stabil di pelbagai jenis permukaan. Gabungan semua elemen ini menghasilkan kasut yang bukan sahaja selesa, tetapi mampu menyesuaikan diri dengan gaya larian berbeza.
Kasut GEL-KAYANO™ 32 akan mula dijual secara rasmi di seluruh Malaysia mulai 1 Jun 2025 dengan harga bermula dari RM749. Ia boleh didapati di kedai rasmi ASICS serta di laman web ASICS.com.
Untuk pelari yang ingin memanfaatkan lebih banyak kelebihan, boleh sertai program keahlian OneASICS untuk akses eksklusif, ganjaran dan info menarik melalui laman ini: https://www.asics.com/my/en-my/mk/oneasicsmy
Website: ASICS.COM
Facebook: ASICS
Instagram: @asicsmalaysia