Siakap Keli
tengku zafrul pkr
Kredit: Bernama

Tengku Zafrul Letak Jawatan Dalam UMNO, Bakal Sertai PKR

Tengku Zafrul Letak Jawatan Dalam UMNO, Bakal Sertai PKR

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mengumumkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan kepada pucuk pimpinan UMNO.

Menerusi kenyataan rasmi di Facebook, Tengku Zafrul berkata keputusan untuk meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja bukan sesuatu yang mudah.

“Di dalam surat tersebut, saya telah menyatakan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

“Sebelum membuat keputusan ini, saya telah meminta nasihat dan pandangan dari sahabat-sahabat saya dari dalam dan luar parti termasuk dari YAB Presiden sendiri.

“Saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam, terutamanya kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak tahun 1997 lagi.

BACA: Rafizi Ramli Umum Letak Jawatan Kabinet, Berkuat Kuasa 17 Jun Ini

“Akhirnya, keputusan ini dibuat setelah bermuhasabah diri dan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya faktor keserasian dan kesesuaian,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau telah menyatakan niat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat kepada Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

“Saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, penyokong dan ahli-ahli UMNO yang telah banyak memberi saya sokongan dan dorongan sepanjang saya aktif di dalam UMNO.

“Jasa anda tak mungkin akan terbalas dan akan saya kenang sampai bila-bila. Terima kasih,” katanya lagi.

Terdahulu, arena politik negara telah dikejutkan dengan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi yang turut disusuli dengan peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka, kedua-dua ahli politik berkenaan mula bercuti pada 28 Mei lalu sehingga peletakan jawatan mereka berkuat kuasa.

Sumber: Tengku Zafrul

BACA JUGA: 4 Hari Pergi Melancong, 6 Pempengaruh Dari Malaysia Masih ‘Tersangkut’ Di Jaipur

BACA: Program Vaksinasi Anti-rabies Akan Diluaskan Kepada Kucing – Uggah

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.