Gaza: Baru Hilang 9 Anak, Kini Dr. Alaa Juga Hilang Suami
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan kisah pilu dari bumi Gaza apabila seorang pakar pediatrik, Dr. Alaa al-Najjar, kehilangan sembilan daripada 10 anaknya dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel.
Lebih memilukan, Pengarah Kesihatan Gaza, Dr. Muneer Alboursh memaklumkan menerusi satu kenyataan di platform X semalam bahawa suami Dr. Alaa, iaitu Dr. Hamdi al-Najjar, yang juga seorang doktor Palestin, telah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam serangan yang sama.
https://x.com/Dr_Muneer1/status/1928991877199483116
“Dr. Hamdi al-Najjar, suami kepada Dr. Alaa al-Najjar, telah menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami kecederaan serius akibat serangan bom yang dilancarkan Israel ke atas rumah mereka di selatan Khan Younis. Beliau kini menyusuli sembilan anaknya yang telah terkorban lebih awal,” katanya.
Untuk info, tragedi hitam yang meragut hampir seluruh keluarga ini berlaku pada 24 Mei lalu apabila kediaman keluarga al-Najjar dibedil oleh tentera Israel.
Dalam serangan tersebut, Dr. Hamdi mengalami kecederaan parah manakala kesemua sembilan anak mereka maut di tempat kejadian. Hanya seorang anak mereka, Adam, yang terselamat namun turut mengalami kecederaan.
Lebih menyentuh hati, Dr. Alaa ketika kejadian sedang bertugas di Kompleks Perubatan Nasser. Beliau terpaksa menyambut ketibaan mayat anak-anaknya sendiri yang dalam keadaan rentung dan sukar dikenal pasti.
BACA: Pilu Di Gaza, Doktor Hilang 9 Anak Sekelip Mata
BACA: 5 Perkara Ibu Bapa Tak Akan Beritahu Anak-anak, Paling Terkilan Bila Tahu No. 4
BACA: Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah Akibat Serangan Jantung
Sumber: TRT Global