Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Malaysia Raih Pujian Arab Saudi
Sumber: BERNAMA

Kempen Kebersihan Masya’ir Diteruskan, Malaysia Raih Pujian Arab Saudi

Hannah

Kempen Kebersihan Masya’ir Diteruskan, Malaysia Raih Pujian Arab Saudi

MAKKAH, 2 Jun (Bernama) — Kempen Kebersihan Masya’ir yang dilaksanakan sejak 2017 dalam kalangan jemaah haji Malaysia diteruskan lagi pada musim haji tahun ini, sebagai inisiatif mendidik jemaah menjaga kebersihan persekitaran di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata rekod cemerlang jemaah Malaysia menjaga kebersihan sejak beberapa tahun lepas turut mendapat pengiktirafan berterusan daripada Kerajaan Arab Saudi, khususnya Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Malah, dalam satu ucapan, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah secara berseloroh menyatakan jika semua jemaah di dunia bersikap seperti jemaah Malaysia, beliau boleh tidur dengan tenang,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Ramah Mesra bersama Jemaah Haji di Bangunan Penginapan Abraj Al Tayseer dan Perasmian Program Kebersihan Masyair 1446H/2025M di sini hari ini.

Beliau berkata kenyataan Tawfiq Fawzan itu menggambarkan kepercayaan dan penghargaan pihak Arab Saudi terhadap usaha berterusan Tabung Haji (TH) bersama jemaah Malaysia dalam menjaga kebersihan sepanjang ibadah haji.

“Kempen (kebersihan) ini bukan sekadar kempen kesedaran tetapi menjadi model yang boleh dicontohi oleh negara lain. TH harap pada tahun ini, jemaah Malaysia terus mengekalkan rekod cemerlang ini dan sekali lagi menunjukkan contoh terbaik kepada jemaah antarabangsa,” katanya.

Mohd Na’im berkata kempen tahun ini turut diperluaskan ke semua tujuh Bangunan Penginapan Jemaah Haji Malaysia di Tanah Suci, termasuk bangunan penginapan baharu jemaah di Abraj Al Tayseer.

“Ini adalah cerminan disiplin, sikap dan budaya jemaah haji Malaysia yang kita banggakan. Kita mahu agar jemaah tahun 2025 mengekalkan rekod cemerlang yang dicapai sebelum ini. Apabila jemaah kita meninggalkan Masya’ir, kawasan itu berada dalam keadaan bersih dan menjadi contoh kepada jemaah dari negara lain,” katanya.

BACA: Cuaca Panas: 6 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Sumber: BERNAMA