Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cuaca Panas: 6 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Hannah
Gambar: BERNAMA

Cuaca Panas: 6 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 6 kawasan di Malaysia berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) akibat cuaca panas yang melanda negara.

Menurut METMalaysia, kawasan yang terlibat adalah sekitar tiga negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Kelantan dan Kedah.

“Di Perak, kawasan yang terlibat termasuklah Larut Dan Matang, Kuala Kangsar dan Perak Tengah, manakala di Kelantan membabitkan Machang dan Kuala Kerai.

“Di Kedah pula, kawasan yang terlibat adalah Bandar Baharu,” maklum METMalaysia.

Tambah METMalaysia, suhu harian cuaca pada tahap berjaga-jaga itu boleh mencapai maksimum antara 35 hingga 37 darjah Celsius. Fenomena itu diramal berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak berada di kawasan terdedah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti strok haba.

BACA: Kandang Terbakar, 19 Kambing Mati

Sumber: METMalaysia