Cara Semak Skim, Bantuan Dan Manfaat Kerajaan Yang Layak Diterima
Seperti yang diketahui, dalam Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan pelbagai aspek negara khususnya dalam menstruktur semula ekonomi Malaysia.
Melalui belanjawan 2025 ini, Kerajaan MADANI turut menawarkan pelbagai skim, bantuan dan manfaat kepada rakyat dalam usaha meringan beban rakyat.
Walau bagaimanapun, sesetengah masyarakat mungkin keliru dan tidak tahu bantuan manakah yang layak dimohon oleh mereka.
Jangan risau, SK hari ini akan kongsikan untuk anda semua cara untuk membuat semakan skim, bantuan dan manfaat yang layak dimohon oleh anda di laman web Belanjawan 2025 Malaysia MADANI.
Cara Semak Bantuan, Skim & Manfaat Kerajaan Yang Layak Diterima
Langkah pertama, layari laman web rasmi Belanjawan 2025 Malaysia MADANI atau di pautan https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.
Kemudian tatal ke bawah cari Belanjawan 2025 Malaysia MADANI dan klik “Mula Di Sini”.

Paparan yang hampir serupa akan keluar dan klik “Mula Di Sini” lagi.

Seterusnya, pilih satu kategori manfaat yang bersesuai dengan anda.
Isi maklumat yang diminta untuk membantu anda mengenal pasti bantuan khusus yang sepadan dengan profil anda.
Pastikan jawapan yang dinyatakan lengkap, kerana jawapan yang tidak lengkap akan mempengaruhi hasil carian. Untuk info, maklumat anda tidak akan disimpan sekiranya anda tidak berdaftar (tidak perlu mendaftar).

Pilih mana-mana kategori manfaat yang bersesuaian dengan anda dan klik.

Isi semua maklumat yang diminta.

Klik “Hasil Carian” apabila semua maklumat telah diisi dan klik “Tidak, Teruskan” untuk mengetahui senarai manfaat yang layak diterima oleh anda.

Senarai skim, bantuan atau mana-mana manfaat yang layak diterima anda akan dipaparkan pada skrin mengikut kategori.
Senang je kan? Semoga bermanfaat.
Sumber: Manfaat MADANI