Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
semak kelayakan politeknik kolej komuniti
Kredit: Bernama

Cara Semak Kelayakan Kursus Politeknik, Kolej Komuniti 2025

Azizah Najib

Cara Semak Kelayakan Kursus Politeknik, Kolej Komuniti 2025

Keputusan peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia 2024 telah diumumkan. Ada yang mendapat keputusan cemerlang, ada juga yang ‘cukup-cukup makan’. Kini, tiba masa untuk para calon menentukan haluan hidup masing-masing.

Sudah tentu, ramai yang masih mempunyai keinginan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Namun, melihat keputusan yang tertera pada sekeping kertas membuatkan segelintir daripada kita merasakan diri tidak layak biarpun mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu kursus yang ditawarkan.

Agi idup agi ngelaban. Satu pepatah Iban yang ingin SK sampaikan. Berjuang selagi nafas masih ada. Zaman sekarang bukan lagi seperti dahulu. Pelbagai inisiatif telah diwujudkan bagi memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang mendapat hak pendidikan yang lebih mendalam, menggilap kemahiran untuk menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi tanpa mengira latar belakang pendidikan.

Terkini, kerajaan menyambut baik keperluan negara dalam bidang-bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Semakin banyak kursus yang ditawarkan termasuk tiga program mula diperkenalkan bagi sesi akademik 2025/2026 iaitu Sijil Kejuruteraan Awam, Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Sijil Kejuruteraan Mekanikal.

Masih belum tahu mana arah tuju? Keliru untuk buat pilihan jurusan pengajian? Inilah masanya untuk anda buat semakan kursus yang sesuai dengan keputusan peperiksaan SPM anda. Hanya dengan mengisi keputusan anda di portal MypolyCC, semua kursus yang bersesuaian akan terpapar khas untuk anda buat pilihan.

Sebagai peringatan, permohonan kemasukan pelajar bagi Fasa 2 melalui UPU Online telah dibuka bermula 14 April 2025, jam 12 tengah hari dan akan ditutup pada 18 Mei 2025, jam 5 petang. Bagi calon peperiksaan SPM 2024, pastikan anda tidak terlepas peluang membuat permohonan kali ini.

Cara semak kelayakan kursus di politeknik dan kolej komuniti

Bagi menyemak kursus yang bersesuaian dengan keputusan SPM anda, pertama sekali anda perlu melayari laman sesawang https://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp. Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa tanda sempang (‘-‘) dan pilih kelayakan akademik anda.

Langkah kedua, isikan maklumat keputusan peperiksaan anda dengan betul. Terdapat 12 ruang kosong untuk anda isikan keputusan peperiksaan kesemua mata pelajaran yang anda duduki dan tidak semestinya perlu memenuhi semua 12 ruang jika anda hanya mengambil lapan atau sembilan mata pelajaran.

Setelah siap, tekan butang ‘Semak’.

Satu senarai penuh kursus pengajian akan terpapar.

Bagi melihat maklumat lanjut berkenaan kursus yang ditawarkan, anda boleh tekan pada setiap satu kursus. Antara maklumat yang dapat anda ketahui termasuk sinopsis program, prospek kerjaya dan lokasi pusat pengajian yang menawarkan kursus tersebut.

Selain itu, maklumat berkenaan laluan ke program peringkat seterusnya di politeknik atau kolej komuniti selepas menamatkan pengajian berkenaan turut tersedia. Malah, melalui laman tersebut, anda juga dapat melihat syarat kemasukan kursus dengan terperinci.

Sebagai maklumat tambahan, permohonan ini tidak hanya terbuka untuk lepasan SPM. Jika anda mempunyai kelulusan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning – APEL) daripada MQA, anda turut layak memohon sesetengah kursus yang ditawarkan.

Walau bagaimanapun, calon tidak dapat mengisi permohonan secara terus menerusi laman sesawang ini. Calon perlu mengisi permohonan menerusi portal https://upu.mohe.gov.my/.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi

BACA: TVET: Peluang Terbuka Luas Untuk Pelajar SPM

BACA: Tidak Mahu Kumpulan GIG Jadi Pekerja Sambilan, MARA Tawar Program TVET