Ketahui Tip Simpan Daging Dengan Betul
Hari ini, seluruh umat Islam di Malaysia menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha atau lebih sinonim dengan masyarakat sebagai Raya Korban atau Raya Haji.
Sudah tentu, peti sejuk atau freezer rumah bakal dipenuhi dengan stok-stok daging korban.
Mana tidaknya, umat Islam berpusu-pusu melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan seperti lembu, kerbau dan kambing.
Bertepatan itu, SK hari ini ingin berkongsikan tip simpan daging korban yang betul menerusi perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tip Simpan Daging Dengan Betul
1. Jangan masukkan terus daging bersama plastik yang tidak bersih ke dalam peti sejuk.
2. Buang bendasing yang terlekat pada daging seperti daun, pisang, pasir dan serpihan kayu.
3. Asingkan simpanan daging dengan bahan makanan yang boleh dimakan terus (RTE) seperti ais krim supaya mengelakkan pencemaran silang berlaku.
4. Letak di bahagian sejuk beku yang suhunya sama atau kurang dari -18 darjah Celsius.
5. Potong daging kepada bahagian yang lebih kecil dan dimasukkan ke dalam bekas plastik berpenutup mengikut kegunaan biasa di rumah.
6. Simpan dalam peti sejuk beku dengan segera sekiranya ingin dimasak kemudian.
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid02Swj2Yhzwv1NSsY5CuxfMUGL6szFbjgHnJ4Sk6DxcXLViedrokotkgBfgtZEv1B7Yl
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)