Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
lewat 15 minit upsi
Kredit: Bernama

Lewat 15 Minit, Pelajar UPSI Terselamat Dalam Tragedi Bas Maut

Azizah Najib

Lewat 15 Minit, Pelajar UPSI Terselamat Dalam Tragedi Bas Maut

KOTA BHARU, 9 Jun (Bernama) – Kesesakan lalu lintas menyebabkan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terlepas daripada menaiki bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Jeli-Gerik sehingga mengorbankan 15 nyawa awal pagi tadi.

“Lewat 15 minit rupa-rupanya memisahkan anak saya dengan maut,” kata Rosyidah Husien, 50, ibu kepada Nur Adilah Mohd Rusdi, 20.

Rosyidah berkata Nur Adilah yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik, sepatutnya menaiki bas sewa khas yang membawa pelajar UPSI itu dari Masjid Hadhari, Jertih pada 9 malam tadi.

Wanita itu memberitahu Bernama bahawa kereta yang dipandu suaminya Mohd Rusdi Ramli, 55, untuk menghantar anak mereka, tiba di lokasi berkenaan selepas bas bergerak.

“Apabila dihubungi, pemandu memaklumkan bas akan berhenti di Machang, namun suami enggan menghantar hingga ke Machang kerana jaraknya yang agak jauh. Akhirnya, anak saya menumpang bapa saudaranya, Mohd Nizam Husien yang kebetulan turut bertolak ke Kuala Lumpur malam tadi,” katanya.

Rosyidah berkata anaknya bertolak dari rumah mereka di Kampung Gong Bayor, Besut sekitar 12 tengah malam bersama bapa saudaranya.

Wanita itu berkata anaknya cuba menghubungi rakan-rakan yang menaiki bas tersebut sekitar 1 pagi, namun tiada jawapan, sebelum seorang rakan menghubunginya sekitar 2 pagi untuk memaklumkan bahawa bas itu terlibat dalam kemalangan

“Lebih mengejutkan, polis turut menghubungi anak saya dan memaklumkan namanya tersenarai sebagai seorang daripada penumpang bas tersebut.

“Sebenarnya tempat duduk yang sepatutnya diduduki anak saya ialah nombor sembilan, tetapi malam tadi ia diduduki oleh rakannya,” katanya.

Rosyidah bersyukur anaknya selamat, namun sehingga kini anaknya itu masih trauma dan enggan ditemu bual.

Beliau berkata sebelum bertolak malam tadi Nur Adilah sempat berbual dengan neneknya dan mengucapkan selamat tinggal, sambil menyatakan rasa bimbang sekiranya berlaku kemalangan.

“Saya sempat menegur dia kerana berkata begitu, tapi dia hanya tersenyum. Siapa sangka kata-katanya itu hampir jadi kenyataan. Saya bersyukur kerana takdir menyelamatkannya malam tadi,” katanya.

Rosyidah berkata selain Nur Adilah, seorang lagi rakan anaknya turut terselamat kerana tidak menaiki bas tersebut setelah dimasukkan ke Hospital Besut akibat demam.

Sumber: Bernama

BACA: Kemalangan Di Gerik: Siasatan Awal Dapati Bas Terlanggar Belakang Kenderaan Alza – Polis

BACA: Saya Lihat Rakan Tersepit, Hanya Mampu Selamatkan Diri – Mangsa