Siakap Keli
Gambar: Orang awam

Nahas Bas UPSI: Terengganu Akan Salur Bantuan Segera Kepada Waris Mangsa

Nahas Bas UPSI: Terengganu Akan Salur Bantuan Segera Kepada Waris Mangsa

Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita mendalam kepada semua keluarga mangsa tragedi kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi tadi.

“Mereka pergi dalam keadaan yang amat mulia, kembali menuntut ilmu dalam perjalanan yang penuh niat suci. Pemergian mereka adalah satu kehilangan besar buat keluarga, masyarakat dan negeri,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Satiful Bahri Mamat dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Terengganu akan menyalurkan bantuan segera kepada semua waris mangsa tragedi, termasuk bantuan kebajikan, khidmat kaunseling, serta sokongan psikososial bagi membantu keluarga dan rakan-rakan mangsa menghadapi detik yang sukar ini.

“Saya telah mengarahkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menyelaras segala urusan dengan pihak universiti, hospital serta kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap mangsa dan waris menerima bantuan sewajarnya,” tambah beliau.

https://www.facebook.com/upditerengganu/posts/pfbid02pDaiLvGtK7SRdgucnbCaPz5SarJekEs5xNttKs21WwbLjo7hGRKpUQodUYAxvfnYl?rdid=FLfDgCBee6GR6pVS#

Pagi ini, negara dikejutkan dengan nahas menyayat hati membabitkan sebuah bas persiaran membawa pelajar UPSI dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik.

Menurut laporan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kemalangan itu melibatkan keseluruhan 48 orang mangsa.

Daripada jumlah tersebut, 13 mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.

BACA: Bas Bawa Pelajar UPSI Terbalik, 15 Dilapor Maut

BACA: Pemakluman Berkenaan Kemalangan Jalan Raya Melibatkan Pelajar UPSI – UPSI

BACA: PM Anwar Arahkan KPT Selaras Bantuan Buat Keluarga Mangsa Nahas Di Gerik

Sumber: Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI/FB

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.