Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: BERNAMA

Nahas Bas: JPN Kedah Diarah Pantau Keadaan, Kebajikan Pasangan Guru – Fadhlina

Hannah

Nahas Bas: JPN Kedah Diarah Pantau Keadaan, Kebajikan Pasangan Guru – Fadhlina

NIBONG TEBAL, 10 Jun (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memantau keadaan dan kebajikan pasangan guru yang terlibat kemalangan melibatkan bas membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak, semalam.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata beliau dimaklumkan bahawa pasangan guru yang menaiki Perodua Alza itu sedang mendapatkan rawatan bersama keluarganya di Hospital Baling, Kedah

“Kita telah mengarahkan JPN Kedah untuk mengambil tanggungjawab memantau keadaan guru itu dan keluarganya yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Baling.

“Kebajikan mereka berada di bawah pemantauan KPM dan bantuan segera akan dihulurkan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Pelajar Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampus Kejuruteraan USM di sini hari ini.

Bas membawa penuntut UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju Tanjung Malim, Perak, terbabas sebelum melanggar kereta dinaiki Mohd Lutfi Radzi, 37, sekeluarga, dalam kejadian di Gerik, Perak awal pagi semalam.

BACA: Hospital Ipoh Perlu Bekalan Darah Bantu Mangsa Tragedi UPSI

Fadhlina turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan, khususnya para pelajar UPSI dan menyifatkan korban nyawa dalam tragedi itu sebagai kehilangan besar potensi bakal pendidik.

Sementara itu, Fadhlina berkata beliau difahamkan bahawa bas berkenaan disewa atas inisiatif pelajar, namun menegaskan di peringkat KPM, pihak kementerian menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat berkaitan penggunaan bas oleh rombongan pelajar, termasuk pemeriksaan keselamatan.

Mengulas mengenai program hari ini, Fadhlina berkata Program Pendidikan Tingkatan Enam Kampus Universiti Awam itu ialah kerjasama antara KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dilaksanakan secara rintis melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan USM.

Beliau memaklumkan tempoh pengajian bagi program berkenaan adalah selama 18 bulan dengan pengambilan pertama bermula hari ini.

“Sebanyak 100 tempat disediakan bagi Program Tingkatan Enam Kampus UKM, manakala sebanyak 60 tempat disediakan untuk Program Tingkatan Enam Kampus USM.

“Seramai lebih 30 pelajar mendaftar hari ini dan kita masih menunggu yang lain untuk tampil memenuhi kuota,” katanya.

BACA: Bas Bawa 28 Penumpang Termasuk Pelajar UMPSA Terlibat Kemalangan

Sumber: BERNAMA