Jemaah Haji Malaysia Ke-11 Meninggal Dunia Di Tanah Suci
Seorang lagi jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan kematian rakyat Malaysia bagi musim haji 1446H/2025M kini seramai 11 orang.
Jamaliah Masron, 68, dari Kota Tinggi, Johor menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, 9 Jun 2025, jam 6.05 petang waktu tempatan.
Allahyarham meninggal dunia di Klinik Kecemasan Bangunan Abraj Janadriyah akibat serangan jantung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan bahawa Tabung Haji (TH) telah menguruskan semua keperluan berkaitan jenazah.
Ini termasuk proses memandikan jenazah, solat jenazah di Masjidil Haram serta pengebumian di tanah suci Mekah.
“Pihak pengurusan TH juga telah memaklumkan perkara ini kepada keluarga di Malaysia.
“Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” kata beliau.
BACA: Harsheetaa Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Organ, Sepsis – Bapa
BACA: Komposer Adinda Amiro Meninggal Dunia
BACA: Nahas Pelajar UPSI: Nurly Shahirah Hafaz 30 Juzuk, Tulis Tangan Al-Quran Demi Kuatkan Hafalan
Sumber: Astro Awani