Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
pesawat air india
Kredit: NDTV

Pesawat Air India Terhempas: 5 Pelajar Di Asrama Kolej Perubatan Maut

Sofea

Pesawat Air India Terhempas: 5 Pelajar Di Asrama Kolej Perubatan Maut

Lima pelajar perubatan dilaporkan maut dan yang lain cedera selepas pesawat Air India yang terhempas merempuh asrama kolej Perubatan BJ di Ahmedabad, Gujarat pada Khamis.

Menurut portal NDTV, mangsa yang terkorban terdiri daripada empat pelajar sarjana muda dan seorang pemastautin pasca siswazah.

Seorang saksi dari kolej perubatan itu, Dr Shyam Govinda berkata hampir 40 orang doktor telah mengalami kecederaan dan sekurang-kurangnya seorang berada dalam keadaan kritikal.

“Saya dan doktor lain telah cedera, 30 hingga 40 doktor sarjana muda juga mengalami kecederaan dan satu hingga dua pelajar berada dalam keadaan serius,” katanya.

Menerusi gambar yang dirakam di lokasi kejadian, makanan dan minuman dapat dilihat di atas meja di kantin asrama itu, menunjukkan bahawa pelajar sedang makan tengah hari ketika nahas.

Ibu kepada salah seorang pelajar kolej tersebut, Ramila, berkata anaknya sedang berehat makan tengah hari dan melompat dari tingkat dua bangunan itu untuk menyelamatkan diri.

BACA: Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

“Anak saya telah pergi ke asrama semasa tengah hari dan pesawat itu terhempas di sana. Anak saya selamat dan saya telah bercakap dengannya.

“Dia melompat dari tingkat dua dan mengalami beberapa kecederaan,” katanya.

Terdahulu, pesawat yang menuju ke London itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel dan terhempas tidak lama kemudian.

Polis memaklumkan bahawa kesemua 242 penumpang yang berada di dalam pesawat itu dipercayai telah terkorban.

BACA JUGA: Detik-Detik Pesawat Air India Terhempas

Menurut Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA), juruterbang telah melakukan panggilan “Mayday” kepada Kawalan Trafik Udara sejurus selepas pesawat itu terputus hubungan. Bagi yang belum tahu, panggilan Mayday ialah isyarat kecemasan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan digunakan terutamanya dalam penerbangan serta komunikasi maritim untuk menunjukkan berlakunya kecemasan yang mengancam nyawa.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi meluahkan rasa sedih di atas kejadian nahas terbabit. Beliau juga sedang berhubung dengan menteri dan pihak berkuasa untuk membantu mangsa yang terjejas.

“Tragedi di Ahmedabad begitu mengejutkan dan menyedihkan. Tiada kata yang mampu diungkapkan untuk menyatakan rasa pilu ini,” katanya.

Sumber: NDTV