Siakap Keli
3 pegawai kanan irgc
Kredit: AFP

3 Lagi Pegawai Kanan Perisikan IRGC Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

3 Lagi Pegawai Kanan Perisikan IRGC Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

ISTANBUL, 16 Jun (Bernama) — Tiga pegawai kanan perisikan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) terbunuh dalam serangan udara Israel di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik agensi berita Iran, Tasnim pada Ahad malam.

Dalam satu kenyataan, IRGC mengenal pasti pegawai yang terkorban itu sebagai Ketua Pertubuhan Perisikan IRGC Jeneral Mohammad Kazemi; Timbalan Ketua Perisikan IRGC Jeneral Hassan Mohaqeq dan seorang pegawai kanan perisikan Jeneral Mohsen Bagheri.

BACA: Iran Lancar Gelombang Kedua Serangan Ke Atas Israel

BACA JUGA: Serangan Israel: Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam Iran Terkorban

Israel melancarkan serangan udara terancang ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear pada Jumaat lepas yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas. Serangan dan serangan balas itu berterusan sehingga kini.

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.