Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Lelaki Maut Dirempuh Lori Semasa Keluar Simpang
Seorang lelaki maut manakala bakal isterinya cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di Kilometer 147, Jalan Kuantan-Seremban.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.00 tengah hari tadi.
Ketika kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai keluar secara mengejut dari simpang empat di sebelah kiri jalan, lapor Berita RTM.
Sebuah lori tanpa muatan yang datang dari arah Bahau menuju ke Muadzam Shah tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta terbabit disebabkan jarak yang terlalu dekat.
Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, pemandu kereta, Muhammad Nasri Sulaiman, 32, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penumpang kereta tersebut yang juga tunangnya, Norafikaharanap Syafaruddin, 33, dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Muadzam Shah.
Sementara itu, pemandu lori berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sehubungan itu, pihak polis meminta orang awam yang menyaksikan kejadian tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin bagi membantu siasatan.
BACA: Nahas Gerik: Lesen PSV Pemandu Bas Digantung Serta-Merta
Sumber: Berita RTM