Siakap Keli
ancaman bom pesawat
Gambar: Detik.com

Ancaman Bom Paksa Pesawat Bawa Jemaah Haji Mendarat Cemas Di Medan

Ancaman Bom Paksa Pesawat Bawa Jemaah Haji Mendarat Cemas Di Medan

Sebuah pesawat yang membawa ratusan jemaah haji dari Arab Saudi terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan, Indonesia pagi tadi selepas menerima ancaman bom melalui e-mel.

Menurut kenyataan rasmi daripada Direktorat Jenderal Perhubungan Udara Indonesia, pihaknya menerima laporan daripada pengendali lapangan terbang negara itu mengenai satu ancaman bom yang dihantar oleh individu tidak dikenali melalui e-mel.

Ancaman tersebut diterima pada jam 7.30 pagi waktu tempatan dan menyatakan hasrat untuk “meletupkan” pesawat Saudia Airlines, penerbangan SV 5276, yang sedang dalam perjalanan dari Jeddah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.

Selepas mempertimbangkan ancaman keselamatan, juruterbang membuat keputusan untuk mengubah haluan dan mendarat di lapangan terbang paling hampir iaitu di Medan pada jam 10.00 pagi.

Pesawat berkenaan membawa seramai 442 jemaah haji, terdiri daripada 207 lelaki dan 235 wanita.

“Setelah mengenal pasti ancaman keselamatan, juruterbang mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendaratkan pesawat di lapangan terbang yang paling hampir,” kata pihak InJourney Airports, syarikat pengendali lapangan terbang di Indonesia.

Sehingga kini, pesawat tersebut masih berada di Medan. Semua jemaah telah dipindahkan dari pesawat dengan selamat.

Unit pemusnah bom turut dikerahkan bagi menjalankan pemeriksaan terhadap pesawat untuk memastikan tiada bahan letupan dikesan, menurut kenyataan lanjut dari pihak penerbangan awam Indonesia.

BACA: Gunung Berapi Lewotobi Meletus Lagi

BACA: Rakyat Malaysia Di Iran Dinasihat Keluar Segera – KLN

BACA: Thailand Siap Sedia Pesawat, Pindah Rakyat Dari Israel Dan Iran

Sumber: AFP

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.