Ini Sebab Kenapa Sambutan Piala Dunia Kelab FIFA 2025 Hambar
Seperti yang diketahui, Piala Dunia Kelab FIFA 2025 telah membuka tirainya pada 15 Jun lalu dengan perlawanan pembukaan antara Inter Miami CF dan Al-Ahly.
Namun, kejohanan ini kelihatan gagal mencetuskan keterujaan seperti yang diharapkan. Apatah lagi jika dibandingkan dengan sambutan yang diterima Liga Juara-Juara Eropah (UCL) jauh lebih hangat.
Presiden FIFA, Gianni Infantino, dengan yakin menggelar edisi 2025 ini sebagai “epik”, realitinya jauh berbeza.
Pada perlawanan pembukaan, hanya sekitar 25,000 tiket terjual meskipun harga diturunkan serendah AS$20 serta promosi empat tiket percuma dan stadium tetap lengang, menurut laporan The Athletic.
Kenapa Piala Dunia Kelab 2025 Kurang Dapat Sambutan?
Harga Yang Tiket Mahal
Pada awalnya, harga tiket yang dijual mencecah antara AS$349 (sekitar RM1,482) hingga AS$2,200 (sekitar RM9,345) bagi perlawanan akhir. Bagi peminat bola sepak, harga ini dianggap terlalu tinggi.
Akibat sambutan yang hambar, tiket terpaksa dijual semula serendah AS$20 untuk pelajar dan kurang AS$80 di platform seperti Ticketmaster
Kalender Bola Sepak Yang Padat
Menurut The Economic Times, jadual padat kelab-kelab elit Eropah menyebabkan keletihan pemain.
Tambahan pula, format kejohanan ini seperti format Liga Juara-Juara UEFA (dahulu) menambah lagi tekanan.
Portal The Sun UK turut melaporkan bahawa kelab dan pemain kurang berminat kerana tidak mendapat rehat yang cukup selepas mengharungi musim yang panjang.
Antara jurulatih yang kurang senang dengan kejohanan ini termasuk Pep Guardiola turut menyuarakan rasa tidak puas hati kerana perlu menurunkan pasukan utama.
Sambutan Daripada Rangkaian Penyiaran Rendah
Kejohanan ini juga gagal menarik minat stesen penyiaran seperti BBC, ITV, Sky Sports dan TNT tidak menunjukkan kesediaan untuk menyiarkannya.
Ketiadaan liputan media besar ini membuatkan kejohanan ini kurang mendapat sambutan.
Piala Dunia Kelab FIFA 2025
Untuk makluman, Amerika Syarikat merupakan tuan rumah bagi edisi kali ini. Sebanyak 32 pasukan dari setiap konfederasi (ikut slot) bertanding dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2025.
Antara kelab yang bermain dalam kejohanan ini termasuk Chelsea, Manchester City, Real Madrid, Flamengo, Al Ahly dan banyak lagi.
Sumber: Yahoo Sport, The Economic Times, The Sun UK