Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Makkah menjadikan jumlah keseluruhan 16 orang setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Abd Rahman Yusof, 71, dari kumpulan KT059 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Saudi German pada jam 11.00 malam.
Difahamkan, Almarhum meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan kegagalan organ dalaman (septic shock secondary pneumonia with multi organ failure).
“Almarhum yang berasal dari Johor ditemani anak perempuannya, Puan Siti Rafidah binti Abd Rahman yang turut berada di Tanah Suci ketika ini.
“Pihak Tabung Haji dan Petugas Haji Malaysia sedang memberikan bantuan sebaiknya kepada waris.
“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum. Semoga mereka tabah menerima ujian ini,” katanya.
BACA: Iran Lancar Serangan Terbaru Di Israel, Sebuah Hospital Terjejas
BACA: Iran Dakwa IAEA Sebagai ‘Rakan Sekutu’ Israel Dalam ‘Perang Pencerobohan’
BACA: Israel Dakwa Musnahkan “Ibu Pejabat Keselamatan Dalaman” Iran
Sumber: Dato’ Setia Dr. Naim/FB