Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
um cipta sejarah dunia
Kredit: UM
Tiada Kategori

UM Cipta Sejarah, Kini Di Tangga Ke-58 Dunia

Azizah Najib

UM Cipta Sejarah, Kini Di Tangga Ke-58 Dunia

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Universiti Malaya (UM) mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menduduki tangga ke-58 dunia dalam QS World University Rankings (WUR) 2026. Kedudukan ini merupakan catatan tertinggi pernah dicapai institusi itu sejak penubuhannya.

Pencapaian bersejarah ini diumumkan menerusi kenyataan rasmi UM di laman Facebook institusi berkenaan. Kenyataan tersebut turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh komuniti akademik, penyelidik, pelajar dan kakitangan atas sumbangan berterusan.

Menurut kenyataan berkenaan, UM kini menerajui lima daripada sembilan indikator utama QS iaitu Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, Hasil Pekerjaan, Jaringan Penyelidikan Antarabangsa dan Kelestarian.

Naib Canselor UM, Profesor Dato Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman berkata kejayaan ini merupakan hasil reformasi strategik dan komitmen kolektif warga UM untuk terus memberi impak positif kepada negara dan kemanusiaan.

Beliau menyifatkan kejayaan ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan lebih besar berteraskan kecemerlangan dan integriti sejagat.

Sementara itu di selatan tanah air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut mencatat kejayaan membanggakan apabila menduduki tangga ke-153 dunia, sekali gus berada dalam kelompok 10 peratus universiti terbaik dunia serta ketiga terbaik di Malaysia.

Menurut laporan Bernama, UTM memaklumkan peningkatan 28 anak tangga berbanding 2025 itu mengukuhkan lagi reputasi sebagai universiti penyelidikan bertaraf global.

“UTM mencatat peningkatan ketara dalam beberapa indikator utama termasuk Jaringan Penyelidikan Antarabangsa yang menunjukkan peningkatan 112 anak tangga dan Sitasi per Staf Akademik meningkatkan sebanyak 45 anak tangga,” maklum institusi berkenaan.

Selain itu, peningkatan Reputasi Akademik sebanyak lapan anak tangga menjadi penyumbang utama, mewakili 31.1 peratus sumbangan terhadap keseluruhan penarafan dan mencerminkan pengiktirafan global terhadap kualiti akademik UTM.

Indikator Nisbah Pensyarah-Pelajar turut menunjukkan kemajuan dengan peningkatan 28 anak tangga, menandakan komitmen universiti dalam memperkukuh kualiti pengajaran dan sokongan akademik.

Sementara itu, UTM juga berjaya meraih kedudukan ke-132 dunia dalam Kepelbagaian Pelajar Antarabangsa melalui kehadiran pelajar dari 85 negara.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim berkata pencapaian ini memperkukuh hala tuju UTM sebagai universiti berteraskan inovasi dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

“Namun, apa yang lebih penting, UTM sentiasa berpegang pada misi untuk memanusiakan dan mendemokrasikan ilmu, di samping memastikan inovasi yang dihasilkan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat,” ujar beliau.

Sumber: Universiti Malaya, Bernama

BACA: MCMC Fail Tindakan Sivil Terhadap Dua Saluran Di Platform Telegram

BACA: Kisah Penemuan 796 Mayat Bayi Di Tapak Rumah Jagaan, Rahsia Gelap Selama Berdekad