Siakap Keli
wanita cedera terjatuh
Kredit: JBPM Perak Via Bernama

Wanita Cedera Terjatuh Dari Tingkat Tujuh Pangsapuri Di Ipoh

Wanita Cedera Terjatuh Dari Tingkat Tujuh Pangsapuri Di Ipoh

IPOH, 20 Jun (Bernama) — Seorang wanita cedera selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Kampung Jawa, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihak bomba dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 12.21 tengah hari.

BACA: Seorang Lelaki Ditemukan Mati Akibat Ditembak

“Mangsa berusia 20 tahun, terjatuh dari balkoni belakang iaitu bahagian ruangan mesin pemampat penyaman udara dari aras tujuh ke tingkat dua, menyebabkan dia mengalami kecederaan serius termasuk patah paha kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata mangsa menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian, sebelum dihantar ke hospital.

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.