Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Israel Tutup Ruang Udara Susulan Serangan AS Ke Atas Iran

Hannah
Israel Tutup Ruang Udara
Gambar: BERNAMA

Israel Tutup Ruang Udara Susulan Serangan AS Ke Atas Iran

Israel telah menutup ruang udaranya sehingga diberitahu kelak berikutan perkembangan terkini selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bom ke atas Iran, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel pada pagi Ahad.

“Ruang udara Israel ditutup untuk kemasukan dan pengeluaran disebabkan perkembangan terkini,” menurut kenyataan itu, sambil menjelaskan bahawa “pintu masuk darat (dengan Mesir) dan Jordan masih beroperasi seperti biasa”.

Terdahulu, Israel menutup ruang udaranya pada 13 Jun selepas melancarkan kempen pengeboman terhadap Iran, namun telah membukanya semula pada Jumaat bagi membolehkan penerbangan membawa pulang rakyatnya yang terkandas di luar negara.

BACA: Kenyataan Penuh Trump Susulan Serangan AS Ke Atas Iran

BACA: Trump Serang Iran Tanpa Kelulusan Kongres – Ahli Kongres AS

BACA: Iran Lancar Serangan Peluru Berpandu Terbaharu Ke Atas Israel

Sumber: AFP