Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Senarai Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Timur Tengah
Sejak 13 Jun lalu, konflik Israel-Iran tercetus mula membimbangkan seluruh dunia.
Konflik antara kedua-dua negara ini semakin memuncak selepas campur tangan Amerika Syarikat (AS).
Hari ini, AS Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan bahawa Iran dan Israel telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata secara berperingkat.
Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana AS menjadi ‘pendukung’ kuat Israel sedangkan berada jauh dari negara itu, khususnya dalam membekalkan kelengkapan senjata?
Mungkin ramai tidak tahu, AS telah lama membina ‘tapak pengaruhnya’ di serata rantau ini (Timur Tengah).
Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan senarai pangkalan tentera AS yang terdapat di Timur Tengah di bawah.
1. Al Udeid Air Base, Qatar
Al Udeid Air Base merupakan pangkalan udara terbesar AS di rantau ini dengan menempatkan lebih 10,000 anggota tentera.
Ia juga menempatkan US Central Command’s Combined Air Operations Center (CAOC) yang menyelaras operasi udara di seluruh Timur Tengah.
2. Naval Support Activity Bahrain
Markas rasmi Tentera Laut Kelima AS (Fifth Fleet) yang menyokong kawalan maritim di Teluk Parsi dan Laut Merah.
Menariknya, ia telah beroperasi sejak 1948, menjadikannya antara pangkalan paling lama di wilayah ini.
3. Camp Arifjan & Camp Buehring, Kuwait
Untuk makluman, dua pangkalan darat terbesar milik AS ini bertujuan untuk logistik dan latihan berskala besar
Menarik tentang Buehring camp, pada asalnya ia dibina sebagai fasiliti sementara sewaktu pencerobohan Iraq pada 2003, namun kekal digunakan hingga hari ini.
4. Al Dhafra Air Base, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Berfungsi sebagai pusat untuk misi pengintipan, pemantauan dan serangan udara, Al Dhafra menjadi pangkalan penting dalam operasi menentang pengganas dan mengawal perairan strategik seperti Selat Hormuz.
5. Prince Sultan Air Base, Arab Saudi
Beroperasi semula pada 2019, pangkalan ini menempatkan sistem pertahanan udara canggih seperti Patriot dan THAAD.
Ia juga menjadi lokasi strategik untuk kerjasama antara AS dan negara sekutu NATO.
6. Incirlik Air Base, Turki
Pangkalan ini digunakan oleh AS dan NATO dalam operasi menentang kumpulan militan di Syria dan Iraq.
Ia turut didakwa menyimpan senjata nuklear taktikal jenis B61, menjadikan ia pangkalan yang dikawal ketat dari segi keselamatan serantau.
7. Pangkalan Kecil di Iraq & Syria
Al-Asad Air Base (Iraq) dan Al-Tanf Garrison (Syria) yang memainkan peranan penting dalam misi membanteras kumpulan pengganas.
Walaupun diklasifikasikan sebagai kem “sementara”, kehadiran tentera AS kekal sejak 2014.
8. Site 512, Israel
Terletak di padang pasir Negev, pangkalan ini menempatkan radar AN/TPY-2 untuk amaran awal serangan peluru berpandu.
Fakta menarik mengenai pangkalan ini, ia merupakan satu-satunya pangkalan AS di Israel yang secara eksklusif diurus oleh tentera AS sendiri.
Semoga bermanfaat.
Sumber: U.S. Air Forces Central, U.S. Naval Forces Central Command, U.S. Army Central, U.S. Air Force, Department of Defense News, NATO Review , Congressional Research Service, Missile Defense Agency