Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mat Saleh Sanggup Terbang Ke Malaysia Hanya Sebab ‘Ini’
Terkenal sebagai negara berbilang kaum, tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan syurga buat pecinta-pecinta makanan di luar sana.
Dari nasi lemak ke laksa, roti canai hingga kuih-muih tradisional, mencerminkan kepelbagaian budaya yang harmoni.
Selain nasi lemak yang cukup sinomim dengan negara, budaya “mamak” juga tidak kurang hebatnya dan menjadi satu simbol kebersamaan rakyat Malaysia.
Bercakap mengenai perkara ini, kedai atau restoran mamak bukan sekadar tempat makan, tapi menjadi ‘perhimpunan’ masyarakat bahkan hingga ke larut malam.
Seperti sudah menjadi darah daging buat kita menonton bola sepak di sini atau sekadar lepak kosong bersama rakan.
Lebih menarik lagi, kedai mamak ini juga menyajikan pelbagai makanan roti canai, tosei, nasi kandar kuah banjir dan teh tarik yang menjadi kegemaran ramai.
Baru-baru ini dalam perkongsian video TikTok @Mr.T, memaparkan seorang mat Saleh tidak sabar untuk datang ke Malaysia selepas dua bulan.
Dua Bulan Sabar, Mat Saleh Terbang Ke Malaysia Semata-Mata Untuk Ke Kedai Mamak

“Saya sangat teruja rakyat Malaysia, bukan ini hanya kopi. Sebab saya sangat-sangat dekat dengan sesuatu yang saya suka.
“Saya dah hampir dekat nak capai matlamat saya, di mana saya telah menunggunya sekurang-kurangnya dua bulan.
“Saya dah tak sabar. Boleh anda teka apa benda itu?
“Belum lagi, tapi ia sesuatu yang baik. Ini bukan benda (kopi) yang sama mahu,” katanya sewaktu menunggu penerbangan ke Malaysia.
Katanya yang dikenali sebagai Mr.T, dia sanggup terbang ke ibu kota Kuala Lumpur hanya untuk datang ke kedai Mamak, meminum teh tarik.
Tiba sahaja di bumi Malaysia, dia terus menaiki grab dan turun berlari menuju ke sebuah kedai Mamak.

Dalam klip itu, pelancong itu dilihat cukup berselera menjamah hidangan di kedai mamak dan menyatakan keterujaan kembali ke sini demi hidangan tersebut.
“Land of teh tarik..” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagatnya dan berseloroh dengan nada gembira melihat pelancong itu menjamu selera. Malah ada yang turut memberikan saranan terhadapnya untuk mencuba menu lain.
“Ketagih teh tarik la tu …” komen seorang pengguna.
“Saya tahu sesetengah orang berpindah ke Malaysia hanya kerana teh tarik,” komen seorang lagi.
Sumber: TikTok @Mr.T