Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Meninggal Di Mekah, Isteri Pulang Tanpa Suami Di Sisi Buat Ramai Sayu
Bukan mudah untuk menghadapi kehilangan orang tersayang terutama apabila dia selama ini sering berada di sisi. Namun, keadaan ini terpaksa dilalui oleh jemaah-jemaah haji yang perlu menerima ketentuan takdir apabila pasangan, ibu bapa atau adik-beradik meninggal dunia di Tanah Suci.
Bayangkan pulang semula ke tanah air dengan hati yang berat dan pilu dan melangkah keluar dari pintu pesawat seorang diri.
Itulah yang dihadapi oleh seorang jemaah haji yang pulang semula ke tanah air seorang diri selepas suaminya meninggal dunia di Mekah akibat serangan jantung.
Menerusi video yang dimuat naik oleh anaknya, Nurul Nadiha di TikTok, detik-detik sayu ketika Hajah Siti tiba di Malaysia meruntun hati ramai.
“Selamat pulang ke tanah air mak. Pergi berdua balik berseorangan. Hilangmu tiada gantinya, kami reda pemergianmu di bumi suci Allah.
“Al-Fatihah buat abahku, tenang dan berbahagialah di sana wahai syurgaku,” kata Nurul Nadiha di kapsyen video.
Dalam video itu juga, Nurul Nadiha menunjukkan detik-detik lambaian terakhir arwah bapanya, Haji Misnan Ahmad, sebelum berangkat ke Tanah Suci bersama ibunya. Ia akan kekal menjadi memori yang terus terpahat dalam ingatan.
Tambah memilukan, Nurul Nadiha berkata bapanya telah meninggal dunia pada hari kelahiran ibunya iaitu 31 Mei lalu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa pilu dan mengucapkan takziah kepada Nurul Nadiha sekeluarga.
“Dia macam ni tau, dia reda cuma rindu tu tuhan je yang tau,” kata seorang netizen.
“Mesti arwah orang yang sangat baik, sebab tu Allah SWT pilih dia untuk pergi di tempat sucinya. Cemburu dengan permergian orang baik (Al-Fatihah),” kata seorang lagi.
Terdahulu, Bernama melaporkan arwah Haji Misnan yang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital King Abdul Aziz pada 7.50 pagi waktu tempatan.
Proses pengebumiannya telah diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji dan badal haji juga telah dilaksanakan untuk arwah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar juga merakamkan ucapan takziah kepada isteri arwah serta ahli keluarga yang lain.
Sumber: nurulnadiha24