Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Sebelum Beli Rumah, Ketahui Maksud, Beza MRTT & MLTT

Iqbal Yasir
rumah Beza MRTT MLTT
Gambar: BERNAMA
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sebelum Beli Rumah, Ketahui Maksud, Beza MRTT & MLTT

Memiliki rumah sendiri merupakan impian hampir setiap individu, bukan sahaja sebagai satu pencapaian baharu dalam hidup, malah tempat membina kenangan bersama keluarga.

Namun, di sebalik kegembiraan mengejar rumah idaman, ramai terlepas pandang perkara penting yang boleh memberi kesan besar dalam jangka masa panjang, iaitu perlindungan kewangan terhadap pinjaman perumahan.

Jadi, SK hari ini akan kongsikan perbezaan perlindungan kewangan MRTT dan MLTT yang ramai kurang jelas menerusi perkongsian ejen takaful Mohd Ridzuan Rosli di bawah.

MRTT vs MLTT – Ejen Kena Tahu, Client Kena Faham

Ramai buyer bila nak beli rumah, masa apply loan terus wajib kena ambil MRTT. Dah tu ada pulak ejen Takaful pula sarankan untuk ambil pula MLTT.

Tapi, tahu tak apa beza dua ni?

Boleh ke ambil MRTT je, tak ambil MLTT?

Sini saya bantu terangkan serba ringkas supaya kita semua mudah Faham.

1. MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful)

  • Bayaran sekali je, masa mula loan

  • Coverage akan makin berkurang ikut baki loan

  • Kalau loan tinggal RM100k, coverage pun tinggal lebih kurang tu

  • Bila loan settle, policy pun tamat

2. MLTT (Mortgage Level Term Takaful)

  • Bayaran sekali je sama ada lumpsum asing atau masuk dalam loan

  • Coverage kekal sama sepanjang tempoh—contoh: RM400k tetap RM400k

  • Kalau peminjam meninggal, waris boleh dapat pampasan penuh + rumah

  • Ada cash value, boleh surrender kalau tak nak teruskan

3. Dari segi harga?

  • MRTT lebih murah sekali bayar

  • MLTT mahal sikit sebab coverage lebih dan ada nilai tunai

4. MRTT ni bank yang pegang

  • Kalau berlaku apa-apa, rumah settle, tapi waris tak dapat tunai

5. MLTT ni waris dapat pampasan

  • Rumah settle, duit pun masuk akaun waris

Jadi yang mana satu yang lebih bagus? Ambil MRTT sahaja atau tambah pula MLTT?

Jawapannya, Ikut bajet & keperluan

Kalau nak simpan cash & tak nak komitmen bulanan, MRTT yang bank wajibkan tu dah cukup.

Tapi Kalau nak waris dapat pampasan & lebih perlindungan, ambil MLTT. Cari ejen takaful yang anda percayai.

Sebagai ejen, kena pandai explain dua-dua ni dekat client. Supaya kita ni bukan sekadar “nak jual rumah”, tapi bantu buat keputusan kewangan.

Sumber: Mohd Ridzuan Rosli