Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

6 Negara Visa-Free Tapi Ada Borang Wajib Untuk ‘Malaysian’
Musim cuti semakin hampir dan ramai rakyat Malaysia sudah mula merancang percutian ke luar negara. Dengan kelebihan pasport Malaysia yang tersenarai antara paling berkuasa di dunia, kita boleh memasuki lebih 180 negara tanpa perlu memohon visa.
Namun, visa-free bukan bermakna bebas isi apa-apa pun. Beberapa negara telah menetapkan keperluan baharu di mana pelancong, termasuk dari Malaysia, perlu mengisi borang digital kemasukan terlebih dahulu sebelum tiba. Ia sama ada untuk tujuan keselamatan, kawalan kastam atau rekod imigresen.
Kalau anda sedang merancang nak fly ke mana-mana destinasi popular Asia seperti Thailand, Korea, Jepun atau Indonesia, pastikan anda isi borang ini dahulu. Kalau tak, boleh sangkut di imigresen atau lambat keluar dari lapangan terbang.
Berikut kami kongsikan senarai negara visa-free untuk rakyat Malaysia tetapi masih memerlukan pengisian borang kemasukan khas ke negara tersebut:
Sebelum mendarat di mana-mana lapangan terbang di Indonesia, pelancong perlu mengisi borang ECD (Electronic Customs Declaration) untuk tujuan kastam.
Laman web rasmi: https://ecd.beacukai.go.id
Boleh diisi 2 hari sebelum ketibaan.
Perlu satu borang untuk setiap keluarga.
Selepas isi, anda akan terima kod QR — simpan dan tunjuk kepada pegawai kastam semasa ketibaan.
2. Thailand – Kad Ketibaan Digital (TDAC)
Bermula 1 Mei 2025, semua pelancong asing termasuk rakyat Malaysia perlu mengisi Kad Ketibaan Digital Thailand secara atas talian sebelum memasuki negara gajah putih ini.
Portal rasmi TDAC: https://tdac.immigration.go.th/arrival-card
Boleh isi 72 jam sebelum ketibaan.
Tidak wajib cetak, cukup simpan dalam telefon.
Jika tidak lengkap, boleh ditolak masuk atau lambat semasa pemeriksaan imigresen.
Walaupun visa tidak diperlukan, Korea Selatan mewajibkan pengisian K-ETA bagi semua pelawat dari negara terpilih termasuk Malaysia.
Isi di sini: https://www.k-eta.go.kr
Permohonan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas.
Sah selama 2 tahun dan boleh digunakan untuk pelbagai kemasukan.
Yuran permohonan sekitar 10,000 KRW (~RM35).
4. Jepun – Visit Japan Web (Kad Ketibaan Digital)
Jepun memperkenalkan sistem Visit Japan Web untuk mempercepatkan proses imigresen dan kastam.
Laman web: https://services.digital.go.jp/en/visit-japan-web
Daftar dan isi maklumat kesihatan, imigresen & kastam dalam satu portal.
Anda akan menerima kod QR yang perlu ditunjukkan di lapangan terbang.
Tidak wajib tapi sangat disarankan untuk elak beratur panjang.
5. China – Borang Ketibaan Imigresen
Buat masa ini, tiada pengisian dalam talian diperlukan sebelum berlepas namun sebaik sahaja tiba di lapangan terbang China anda akan diberikan borang fizikal untuk diisi.
Borang ini perlu diisi semasa dalam pesawat atau selepas ketibaan.
Pastikan anda simpan pen dalam beg tangan untuk memudahkan pengisian.
Jangan abaikan sebab anda tak boleh keluar tanpa borang ini lengkap.
Sungguhpun jiran terdekat kita ini hanya beberapa jam perjalanan, pelancong tetap perlu mengisi SG Arrival Card (SGAC) sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ketibaan.
Boleh isi dalam aplikasi MyICA selepas muat turun aplikasi MyICA di Google Play atau App Store
Wajib untuk semua pelancong yang masuk melalui udara, laut dan darat.
Borang ini percuma dan sangat mudah diisi tetapi WAJIB lengkap.
Pelancong yang tidak mengisi SGAC boleh dikenakan tindakan atau dilarang masuk.
Ramai pelancong masih terlepas pandang keperluan borang digital ini walaupun negara tersebut tidak memerlukan visa.
Jika anda buat kesilapan kecil seperti lupa isi atau salah isi, ia boleh menyebabkan anda tertahan di imigresen dan yang paling teruk anda tidak dibenarkan terus untuk memasuki negara tersebut.
Jadi, jika anda bercadang melancong ke mana-mana destinasi popular Asia dalam masa terdekat, pastikan anda membuat semakan dan isi semua borang yang diperlukan dengan lebih awal.
Ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa di lapangan terbang, malah mengelakkan sebarang masalah yang boleh merosakkan mood percutian anda.
BACA : Ini 6 Smartphone Selfie Paling Cantik 2025
BACA :
Rumah Selangorku 2025: Peluang Miliki Rumah Mampu Milik