Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Runcit RON97, Diesel Turun 3 Sen Seliter

Hannah
ron97 diesel naik
Gambar: BERNAMA

Harga Runcit RON97, Diesel Turun 3 Sen Seliter

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.18 dan RM2.85 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Julai.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.

MOF menjelaskan penetapan kadar itu berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia, serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Kredit: Kementerian Kewangan

BACA: Proton e.MAS 7 Perkenalkan Warna Baharu dan Ciri Pintar Berdasarkan Maklum Balas Pengguna

Sumber: Kementerian Kewangan