Siakap Keli
konsert my chemical romance
Kredit: AFP

Konsert My Chemical Romance Di Kuala Lumpur Tahun Depan

Konsert My Chemical Romance Di Kuala Lumpur Tahun Depan

Kumpulan rock terkenal, My Chemical Romance (MCR) memilih Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi konsert jelajah Asia Tenggara yang akan berlangsung pada 2026.

Menerusi pengumuman yang dimaklumkan dalam media sosial mereka, konsert itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026.

Bagaimanapun, maklumat mengenai jualan tiket masih belum dimaklumkan.

Selain Kuala Lumpur, kumpulan itu juga akan mengadakan konsert di Incheon(Korea Selatan), Bangkok(Thailand), Bulacan(Filipina), Singapura dan Jakarta (Indonesia).

https://www.instagram.com/p/DLySE5cSsQm/?img_index=1

Selain di Asia Tenggara, mereka juga akan mengadakan konsert di Amerika Selatan sekitar Januari hingga Februari tahun depan.

BACA: Green Day Umum Bakal Adakan Konsert Di Malaysia

Pengumuman ini pastinya membuatkan peminat-peminat MCR teruja kerana sudah lama menantikan ketibaan kumpulan terbabit.

MCR merupakan kumpulan rock dari New Jersey yang diasaskan sekitar 2001 oleh vokalis dan penulis lagu, Gerard Way. Ia turut disertai Ray Toro, Frank Iero dan Mikey Way.

Walaupun telah berdekad di dalam dunia seni, MCR masih lagi relevan dan sehingga kini mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Antara lagu yang popular adalah Welcome to The Black Parade, Helena, I Don’t Love You dan I’m Not Okay.

Sumber: My Chemical Romance 

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.