Siakap Keli
Khatam 30 Juzuk Al-Quran
Sumber: TikTok Akademi Al-Quran AKMAL

Muhammad Ziyad Khatam 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh 1 Bulan 27 Hari

Muhammad Ziyad Khatam 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh 1 Bulan 27 Hari

Setiap kejayaan luar biasa dalam hidup tidak pernah datang dengan mudah.

Ia menuntut pengorbanan, kesabaran dan keazaman yang tinggi kerana jalan menuju kejayaan sering kali dipenuhi dengan pelbagai rintangan dan ujian.

Begitulah juga kisah mereka yang bergelar hafiz Al-Quran.

Baru-baru ini, seorang anak muda bernama Muhammad Ziyad bin Jamiluddin mencatatkan satu pencapaian yang cukup luar biasa.

Beliau, yang juga merupakan graduan dari Akademi Al-Quran AKMAL, berjaya menghafal dan mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh hanya satu bulan dan 27 hari.

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh pihak Akademi Al-Quran AKMAL menerusi TikTok, Ziyad sebenarnya telahpun menghafal 12 juzuk sewaktu berada di sekolah lamanya.

Namun, apabila beliau menyambung pelajaran di AKMAL, dia mengulang semula 12 juzuk tersebut dari awal sebelum meneruskan hafalan baki 18 juzuk yang lain.

Menariknya, baki 18 juzuk itu berjaya disempurnakan dalam tempoh kurang dari dua bulan.

“Ziyad bukan sahaja dikenali sebagai pelajar yang memiliki kebolehan luar biasa dalam hafazan, malah mampu menghantar ulangan sebanyak 5 hingga 6 juzuk dalam sehari, dan menghafal sehingga 2 juzuk baru setiap hari.

“Namun begitu, dari segi perwatakan, beliau sama seperti remaja lain yang aktif, ceria dan banyak kerenah. Bezanya, Ziyad tidak pernah putus asa dalam mengejar hafazan.

“Beliau sentiasa merujuk kepada murabbinya dalam hal berkaitan hafalan dan berusaha mencapai setiap target yang telah ditetapkan untuknya,” kongsi pihak Akademi Al-Quran AKMAL.

Apa yang lebih mengagumkan, beliau sanggup mengorbankan waktu tidurnya dan bersengkang mata sehingga jam 2 atau 3 pagi demi memastikan hafalannya lancar.

Menurut murabbinya, Abdullah Umar, Ziyad berjaya khatam Al-Quran pada jam 4:30 pagi, satu pencapaian yang sangat mengharukan dan membanggakan.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh anak-anak muda untuk terus berjuang menjaga kalamullah.

“Tahniah buat Ziyad, kedua ibu bapanya yang sentiasa menyokong, dan seluruh tenaga murabbi yang sabar membimbing,” tambah pihak Akademi Al-Quran AKMAL.

@akademiakmal

Muhammad Ziyad bin Jamiluddin, salah seorang graduan AKMAL yang mencatatkan pencapaian luar biasa berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh hanya 1 bulan 27 hari. Sebelum menyertai AKMAL, Ziyad telah pun menghafal sebanyak 12 juzuk di sekolah lamanya. Namun, sebaik sahaja memulakan pengajian di AKMAL, beliau mengulang kembali 12 juzuk tersebut dari awal, selain menambah hafalan 18 juzuk baru. Kesemuanya diselesaikan dalam tempoh kurang dari 2 bulan. Ziyad bukan sahaja dikenali sebagai pelajar yang memiliki kebolehan luar biasa dalam hafazan, malah mampu menghantar ulangan sebanyak 5 hingga 6 juzuk dalam sehari, dan menghafal sehingga 2 juzuk baru setiap hari. Namun begitu, dari segi perwatakan, beliau sama seperti remaja lain yang aktif, ceria dan banyak kerenah. Bezanya, Ziyad tidak pernah putus asa dalam mengejar hafazan. Beliau sentiasa merujuk kepada murabbinya dalam hal berkaitan hafalan dan berusaha mencapai setiap target yang telah ditetapkan untuknya. Apa yang lebih mengagumkan, demi mengejar sasaran yang ditetapkan, Ziyad sanggup tidak tidur dan bersengkang mata hingga jam 2 atau 3 pagi. Bahkan menurut murabbinya Abdullah Umar, Ziyad khatam pada jam 4.30 pagi, menamatkan hafazannya dengan penuh kesungguhan dan disiplin yang luar biasa. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh anak-anak muda untuk terus berjuang menjaga kalamullah. Tahniah buat Ziyad, kedua ibu bapanya yang sentiasa menyokong, dan seluruh tenaga murabbi yang sabar membimbing. #akmalspeedtahfizprogramme #hafizsetahun #tahfizsetahun #korbandemiimpian #haflahtakrimi #haflahtakrimi6 #akmalshahalam

♬ original sound – Akademi Al-Quran AKMAL – Akademi Al-Quran AKMAL

“Insan pilihan Allah…”

Perkongsian mengenai pencapaian Ziyad ini mendapat perhatian ramai di media sosial.

Ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata pujian dan doa daripada para netizen yang terinspirasi dengan usahanya.

“Semakin berilmu, semakin tunduk. Allahu Akhbar Ahlul Quran,”

“Semoga bayi dalam kandunganku ini antara pencinta dan tahfiz,”

“Hebatnya, saya nak habis satu juzuk je amik masa 3 atau 4 bulan. Cemburunya,”

“Maknanya sehari lebih kurang sejuzuk dia hafal, Subhannallah,”

BACA: Banjir Texas: Tular Arus Deras Sungai Guadalupe ‘Sapu’ Tapak Perkhemahan

BACA: Cemas Anak Sesak Nafas, Wanita Puji Tindakan Pantas Kru AirAsia 

BACA: Roh Orang Mati Jadi Hantu, Ini Penjelasan Bahagian Dakwah JAKIM

Sumber: Akademi Al-Quran AKMAL via TikTok

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.