Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sebab ‘Wajib’ Pecah Cermin Pintu Sisi Bila Kereta Tenggelam
Apabila sebuah kereta tenggelam, cermin pintu sisi (side window) biasanya akan dipecahkan atau dibuka terlebih dahulu, bukan cermin hadapan (windshield).
Hal ini demikian kerana cermin hadapan kebiasaannya diperbuat daripada laminated glass.
Ia adalah gabungan dua lapisan kaca yang dilekatkan bersama dengan satu lapisan plastik di tengah, dikenali sebagai PVB (polyvinyl butyral).
Struktur ini menjadikan kaca tersebut sangat kuat dan tahan hentakan, malah sukar dipecahkan.
Ia direka khusus untuk melindungi penumpang dan menghalang objek luar daripada menembusi masuk ke dalam kereta.
Sebaliknya, cermin sisi biasanya diperbuat daripada tempered glass, iaitu sejenis kaca yang akan retak dan pecah menjadi kepingan kecil apabila dihentak.
Disebabkan sifatnya yang mudah pecah, kaca jenis ini lebih sesuai untuk dipecahkan sekiranya berlaku kecemasan seperti kereta tenggelam.
Namun begitu, penting untuk diketahui bahawa dahulu, kebanyakan kenderaan menggunakan kombinasi ini, di mana cermin hadapan daripada laminated glass, manakala cermin sisi dan belakang diperbuat daripada tempered glass.
Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perubahan dalam pengeluaran kenderaan, dan sesetengah model mula menggunakan laminated glass pada cermin sisi juga.
Oleh itu, penting untuk anda mengenal pasti jenis kaca pada tingkap kereta anda.
Anda boleh menyemaknya melalui label yang terletak di bahagian bawah penjuru tingkap sisi. Label ini biasanya akan menyatakan dengan jelas sama ada kaca tersebut adalah tempered atau laminated.
BACA: Cara Selamatkan Diri Jika Kereta Terjunam Dalam Air
Sumber: AAA Connect