Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Banyak Berjasa,” Amir Raja Lawak Sayu Lepaskan Kereta Kesayangan
Pelawak yang pernah menjadi fenomena di pentas Raja Lawak, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi meluahkan rasa pilu tatkala terpaksa melepaskan kereta miliknya demi kelangsungan hidup.
Menurut luahan di laman Facebook peribadinya, kereta jenis Proton Juara itu terpaksa dijual berikutan masih belum menerima bayaran daripada stesen televisyen.
“Sedih tu ada lah terasa sebab kereta ini walaupun sekejap dengan saya, tetapi banyak kenangan dan berjasa juga,” luahnya.
Dengan menggunakan kereta berkenaan, pelawak dan usahawan muda itu telah menjelajah ke serata negeri, antaranya Johor dan Perak bagi menjalankan perniagaan menjual air di tepi jalan.
Katanya lagi, ketika kereta berkenaan masih menjadi miliknya, dia pernah berhasrat untuk menjadikan kereta tersebut teman berkhemah. Namun, berikutan keperluan kehidupan yang lebih mustahak, dia akur untuk melepaskan aset berkenaan.
“Selamat jalan Proton Juara ku,” ucapnya.
Terdahulu, Amir turut berkongsi apabila tunggakan bayaran dari sebuah stesen televisyen terkenal berjumlah RM18,000 masih belum dilunaskan, lapor Gempak.
“Stesen televisyen terkenal yang tak perlu saya sebut nama (kerana semua boleh agak) masih sangkut lagi bayaran saya sebanyak RM18,000 dah nak masuk tahun ketiga tak silap. Masih belum lunas lagi bayaran saya.
“Semua sekali RM23,000. Alhamdulillah memang mereka pernah bayar RM5,000 awal tahun lepas jadi sekarang masih berbaki RM18,000.
“Kalau saya tak perlukan duit untuk beli apa-apa, tak ada lah saya minta pun sebenarnya. Saya bagi saja mereka masa sebagaimana beberapa tahun dah selesai kerja tetapi bayaran belum lunas semua,” luahnya.
Tambahnya lagi, permintaan bagi melunaskan baki bayaran kali ini sudahpun dipersetujui menerusi perbincangan bersama pihak berkenaan.
“Untuk kali ini saya memang nak pakai duit tu, mereka pun tahu alasan dan sebab yang sangat penting. Saya sudah beritahu mereka berserta bukti bergambar bagi meyakinkan mereka bahawa saya tidak menipu.
“Apa alasan dan sebab yang saya tunjukkan kepada mereka? Yang ini biar Allah dan kami sahaja yang tahu. Lagipun saya memang tak suka kongsi benda-benda macam itu.
“Biarlah orang sekeliling dan awak semua tengok saya seperti tidak ada apa-apa (masalah) tengah hadap. Sewaktu saya saya ke KL bulan lepas, saya ada jumpa wakil mereka untuk perbincangan perkara ini.
“Dalam perbincangan itu memang saya bersetuju untuk terima bayaran sedikit demi sedikit,” luahnya lagi.
Sumber: Amir Raja Lawak, Gempak
BACA: Hanya Naik Skuter, Lelaki Taiwan “Ride Solo” Jelajah Semenanjung