Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bentuk Sebenar Tubuh Wanita Yang ‘Sempurna’, Menurut Saintis
Selama ini, ramai percaya bahawa wanita yang cantik mesti ada pinggang ramping dan pinggul lebar, atau dikenali dengan nisbah 0.7 antara pinggang dan pinggul.
Tapi, kajian terkini dari Jerman membuktikan sebaliknya.
Saintis dari Universiti Konstanz, Jerman mendapati bahawa bentuk tubuh wanita yang melengkung secara semula jadi, dari dada hingga ke paha yang menyerupai huruf “S”, sebenarnya lebih menarik pada pandangan ramai orang.
Ini bermakna, bentuk badan yang melengkung atau ‘curvy’ lebih menawan berbanding sekadar mempunyai pinggang yang kecil atau pinggul yang besar.
Sebelum ini, saintis percaya bahawa nisbah 0.7 antara pinggang dan pinggul adalah ukuran ideal kerana ia dikaitkan dengan daya tarikan dan kesuburan wanita.
Namun, kajian terbaru mendapati bahawa ukuran itu hanya kelihatan menarik pada wanita yang bertubuh kecil.
Sebaliknya, bagi wanita yang mempunyai tubuh lebih besar, kelengkungan badan atau bentuk “S” adalah faktor utama yang membuatkan mereka kelihatan menarik.
Dalam kajian ini, para saintis menunjukkan gambar-gambar ringkas bentuk tubuh wanita kepada sekumpulan peserta lelaki dan wanita.
Gambar tersebut memaparkan pelbagai jenis bentuk badan. Ada yang mengikut nisbah 0.7 (pinggang kecil, pinggul lebar) yang sebelum ini dianggap ideal, dan ada juga yang menunjukkan bentuk badan berlekuk atau melengkung secara semula jadi.
Hasilnya sangat mengejutkan:
Untuk wanita bertubuh kecil, nisbah 0.7 masih dianggap menarik.
Tapi untuk wanita bertubuh besar, peserta lebih tertarik pada bentuk tubuh yang melengkung, walaupun nisbah pinggang ke pinggulnya tidak sempurna.
Kesimpulannya, ini menunjukkan bahawa kecantikan bukan lagi bergantung kepada ukuran, tetapi bagaimana bentuk tubuh itu melengkung secara semula jadi.
Para saintis percaya bahawa bentuk tubuh wanita yang melengkung secara semula jadi sebenarnya menunjukkan tanda-tanda kesihatan dan kesuburan.
Antara sebabnya:
1. Payudara yang besar mungkin membantu wanita menyusukan anak dengan lebih mudah.
2. Tulang belakang yang sedikit melengkung boleh membantu wanita bergerak dengan lebih baik dan membawa beban ketika mengandung.
3. Pinggul yang lebar pula penting untuk memudahkan proses bersalin.
BACA: Kajian Dedah Bentuk Sebenar Tubuh Lelaki Yang ‘Sempurna’
BACA: Tip: Ini Apa Yang Anda ‘Wajib’ Tahu Sebelum Beli Car Escape Tool
BACA: Ketahui Sebab Kereta Enjin Nuklear Belum Wujud
Sumber: Daily Mail UK