Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pada tahun lalu, syarikat produksi dari Thailand iaitu Monwichit Entertainment menghasilkan sebuah filem seram Islamik berjudul Khong Khaek.
Filem berkenaan bukan sahaja berjaya di negara berkenaan, malah turut mendapat sambutan hangat di Malaysia keDka ditayangkan di pawagam pada tahun lalu.
Kini, syarikat berkenaan muncul dengan sebuah lagi filem yang mempunyai elemen Islamik, namun bergenre komedi berjudul Isan Nikah.
Pengarahnya, Kriangkrai Monwichit berkata, filem terbaharunya itu memaparkan sebuah jalan cerita yang cukup menarik elemen yang jarang dipaparkan iaitu mengenai perkahwinan campur.
“Isan Nikah adalah sebuah filem yang sangat menarik untuk ditonton apabila menampilkan kisah perkahwinan membabitkan perbezaan agama serta budaya, lalu diolah untuk menjadi sebuah kisah komedi yang lucu dan mencuit haD.
“Selain itu, saya turut mengetengahkan kehidupan di kampung halaman sendiri yang mencerminkan budaya masyarakat tempatan di selatan Thailand, termasuk sejarah, tempat pelancongan, makanan dan bahasa,” ujarnya.
Isan Nikah mengangkat kisah tentang perkahwinan yang akan berlangsung antara seorang gadis muslim bersama kekasihnya seorang jejaka Buddha yang kemudiannya menjadi mualaf, namun cuba dihalang abang kepada gadis berkenaan dengan pelbagai cara dilakukan untuk menggagalkannya.
Filem berkenaan menampilkan barisan pelakon popular Thailand seperD Nattawut Sanyabut, Chatchai Chinnasri, Kamonporn Sangwatcharasoontorn, Adull Borsu dan influencer popular iaitu Amadkuciasree Doloh @ Chalee.
Akan ditayangkan di pawagam mulai 17 JULAI 2025, filem Isan Nikah diedarkan oleh syarikat Empire Film SoluDon Sdn. Bhd. untuk pasaran dan tayangan di Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Urusan Empire Film SoluDon, Mohamad Zubir Badar Shair berkata, pihaknya berminat membawakan filem tersebut untuk ditayangkan di negara ini kerana tertarik dengan naskhah dan jalan ceritanya.
“Selama ini penonton di Malaysia sudah selalu disajikan dengan dengan filem-filem bergenre seram dari Thailand dan sudah Dba masanya untuk filem bercorak komedi dan Islamik menjadi tontonan.
“Namun, Isan Nikah ini kami lihat ia sebuah filem yang menarik untuk ditonton, selain sarat dengan komedi yang menghiburkan, ia mengetengahkan tentang budaya dan kehidupan masyarakat muslim di selatan Thailand yang jarang dipaparkan dalam sesebuah naskhah,” ujarnya.
Pada masa sama, pihaknya dan produksi meletakkan harapan agar filem ini mendapat sambutan hangat di Malaysia, sekaligus ia menjadi plaYorm untuk lebih banyak filem bercorak Islamik dan komedi dari Thailand dapat menembus pasaran di negara ini pada masa akan datang.