Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ketahui Sebab Ada Lubang Kecil Pada Tingkap Pesawat
Pernah tak anda perasan ada lubang kecil di bahagian bawah tingkap kapal terbang?
Kalau anda pernah duduk di tepi tingkap dan ambil gambar awan, pasti anda akan nampak lubang tu.
Tapi jangan risau, lubang itu memang sengaja dibuat dan amat penting untuk keselamatan.
Ia dipanggil “bleed hole” atau lubang pelepas tekanan. Ia ada pada lapisan tengah tingkap dan bukan tembus terus ke luar.
Fungsi utamanya ialah untuk menyeimbangkan tekanan udara antara bahagian dalam tingkap dan dalam kabin pesawat.
Bila kapal terbang berada di langit tinggi, udara di luar sangat nipis (tekanan rendah). Tapi dalam kabin, tekanan udara dijaga supaya penumpang selesa bernafas.
Jadi, jurang tekanan ini boleh menyebabkan tingkap kapal terbang menerima tekanan yang tinggi. Di sinilah lubang kecil itu memainkan peranan sebagai ‘penyelamat nyawa’.
“Lubang ini membantu tekanan dalam tingkap jadi sama dengan tekanan dalam kabin. Kalau tak ada lubang ni, tingkap boleh retak atau pecah bila tekanan berubah mendadak,” jelas Juruterbang popular dari Jerman, Captain Joe.
Dalam situasi kecemasan, seperti penurunan tekanan secara tiba-tiba, lubang ini sangat membantu mengelakkan tingkap rosak. Jadi, ia penting untuk keselamatan semua penumpang.
Tingkap pesawat sebenarnya dibuat daripada tiga lapisan plastik akrilik:
1. Lapisan luar – Tahan tekanan tinggi dari luar pesawat.
2. Lapisan tengah – Ada lubang kecil tadi, untuk seimbangkan tekanan.
3. Lapisan dalam – Melindungi dari calar atau sentuhan penumpang (macam pelindung skrin telefon).
Selain untuk tekanan, lubang ini juga membantu halang kabus atau wap air terbentuk antara lapisan tingkap.
Jadi, anda boleh nikmati pemandangan awan dan langit dengan jelas, terutamanya kalau anda duduk di tepi tingkap.
BACA: Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Tingkap Pesawat Berbentuk Bujur
Sumber: AFAR