Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Piala CAFA: Harimau Malaya Terpaksa Tarik Diri

Hannah
harimau malaya cafa
Gambar: Malaysia NT

Piala CAFA: Harimau Malaya Terpaksa Tarik Diri

Skuad Harimau Malaya difahamkan bakal menarik diri daripada menyertai saingan Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang dijadual berlangsung dari 26 Ogos hingga 9 September akan datang.

Perkara itu dimaklumkan oleh wartawan sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi laman X.

Not this time, Harimau Malaya difahamkan terpaksa ‘pull out’ daripada Piala CAFA 2025,” tulisnya ringkas.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan media rasmi pada hari ini turut mengesahkan perkara tersebut.

Menurut FAM, keputusan ini dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan strategik dan logistik termasuk kebajikan pemain, kerjasama erat bersama kelab serta kepentingan jangka panjang bola sepak negara.

“Walaupun pada awalnya kami amat berbesar hati dan teruja untuk menyertai kejohanan ini, perubahan terkini terhadap tarikh penganjuran yang kini jatuh di luar jendela antarabangsa FIFA telah menimbulkan cabaran besar dari sudut logistik, ketersediaan pemain, dan tahap kesiapsiagaan skuad secara keseluruhan,” jelas FAM.

Tambah FAM, penganjur CAFA sebelum ini mengumumkan perubahan tarikh kejohanan daripada 26 Ogos hingga 9 September kepada 29 Ogos hingga 8 September. Malangnya, tarikh baharu tersebut kini jatuh di luar jendela perlawanan antarabangsa FIFA.

“Perubahan tarikh yang berlaku pada saat akhir ini memberikan cabaran segala aspek kepada skuad kebangsaan, memandangkan kelab-kelab tidak mempunyai kewajipan untuk melepaskan pemain mereka.

“Situasi ini secara langsung menjejaskan usaha kami untuk membentuk skuad terbaik bagi kejohanan tersebut, lebih-lebih lagi apabila beberapa pemain utama kami beraksi di liga-liga utama seperti Sepanyol, Argentina, Colombia & Jepun,” jelas FAM lagi.

Sementara itu, Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski turut menyuarakan pandangan bahawa keputusan menarik diri adalah langkah yang paling realistik dan bijak demi perancangan jangka panjang pasukan.

“Kita memiliki pemain yang beraksi di liga terkemuka dunia seperti Sepanyol, Argentina, Colombia & Jepun. Untuk membawa mereka ke Tajikistan dalam masa yang singkat serta memastikan mereka bersedia beraksi pada tahap tertinggi adalah tidak realistik dalam jendela ini.

“Ini adalah satu keputusan yang tepat dan strategik. Fokus kami kini beralih sepenuhnya kepada kem latihan pada jendela September sebagai persiapan terbaik menjelang aksi penting pada Oktober dan November, perlawanan menentang Laos dan Nepal,” katanya.

BACA: Trump Kekal Atas Pentas Ketika Chelsea Julang Trofi, Palmer Luah Rasa Keliru

Sumber: Stadium Astro, Malaysia NT