Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramai Buat, Perlu Ke Tekan Butang “Push Start” 3 Kali?
Dalam era automotif moden, penggunaan kunci fizikal untuk menghidupkan enjin semakin pupus. Banyak pengeluar kenderaan kini beralih kepada sistem menghidupkan enjin berasaskan teknologi push start button bagi memudahkan pengguna.
Teknologi ini bukan sahaja menawarkan kemudahan, malah meningkatkan aspek keselamatan dan prestij sesebuah kenderaan. Namun, wujud pelbagai andaian dalam kalangan pengguna tentang cara sebenar untuk menghidupkan enjin menggunakan punat ini.
Mungkin ada antara kita yang pernah dengar, push start button perlu ditekan sebanyak tiga kali. Tekan punat buat kali pertama kemudian tunggu sebentar sebelum menekan punat buat kali kedua. Kali ketiga, tekan pedal brek dahulu kemudian baru punat ditekan untuk menghidupkan enjin.
Tahukah anda? Rupa-rupanya perkara ini tidak perlu dilakukan sebegitu rupa.
Pemilik akaun TikTok Akademi Hasbullah berkongsi satu penerangan ringkas berkenaan fungsi sebenar push start button yang kini digunakan dalam hampir kesemua kereta.
Katanya lagi, keperluan menekan push start button sebanyak tiga kali ini tidak juga dinyatakan dalam manual kereta.
Bagi menerangkan dengan lebih lanjut, Hasbullah menjelaskan tentang mod yang tersedia apabila push start button ditekan jika pengguna tidak menekan pedal brek kereta sebelum itu.
“Mod itu adalah mod diagnostik yang digunakan oleh mekanik ataupun jurutera untuk diagnose sistem dalam kereta itu,” ujarnya.
Tambahnya, sebagai pengguna biasa, anda hanya perlu hidupkan enjin seperti biasa dan tidak perlu masuk ke mod tersebut.
Kesimpulannya, penggunaan push start button direka untuk memberikan kemudahan maksimum kepada pemandu tanpa memerlukan langkah tambahan yang rumit.
Memahami fungsi sebenar sistem ini bukan sahaja mengelakkan kekeliruan, malah membantu pengguna memanfaatkan teknologi kereta moden dengan lebih bijak dan efisien.
Sumber: Akademi Hasbullah
BACA: Syiling Malaysia Dengan Simbol Aneh Ditemukan Di Patung Legenda Perisik CIA
BACA: Serpihan Batu Marikh Terbesar Ditemui Di Bumi Dijangka Dilelong Hingga RM16.9 Juta