Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

7 Tabiat Kecil Yang Buat Rumah Nampak Sentiasa Kemas
Ramai di antara kita selalu fikir kalau nak rumah nampak cantik dan kemas mesti kena habiskan banyak masa, tenaga dan duit.
Padahal kalau kena caranya tak perlu pun berhabis atau penat sangat. Dengan beberapa tabiat kecil yang dibuat setiap hari, suasana rumah boleh kekal teratur walaupun kita sibuk bekerja, jaga anak, atau ulang-alik ke sana sini.
Apa yang penting kita ada disiplin dan bijak susun barang supaya tak cepat semak. Kadang-kadang, perubahan kecil ni lah yang buat rumah rasa lebih hidup dan selesa didiami.
Bila rumah bersih dan kemas, kita pun rasa tenang, seronok nak berehat dan tak malu kalau tiba-tiba tetamu datang berkunjung.
Jadi, jom kita cuba amalkan 7 tabiat ringkas ni yang confirm akan buatkan rumah kita akan nampak sentiasa kemas dan tenang.
Nampak remeh tapi inilah tabiat paling mudah dan ajaib yang ramai malas buat. Lepas bangun tidur, tarik selimut elok-elok, susun bantal bagi cantik dan siap.
Tak sampai 5 minit pun, tapi bilik terus nampak kemas dan segar. Malah, bila katil dah rapi, kita sendiri pun rasa lebih bersemangat nak kemas bahagian lain pula.
Kecil je usahanya tapi impaknya besar. Bilik yang kemas juga buat kita rasa lebih tenang untuk mulakan hari. Bayangkan rasa puas hati bila masuk bilik, katil cantik, terus mood ceria.
Bila dah terbiasa, anak-anak pun boleh diajar kemas katil sendiri setiap pagi. Ianya amat senang, ringkas dan mendidik mereka berdisiplin.
2. Sediakan bakul serba guna
Kalau ada anak kecil atau banyak barang kecil-kecil, cuba letak satu bakul serba guna di ruang tamu atau hujung tangga.
Bila nampak barang bersepah macam mainan, buku, baju atau alat tulis terus masuk terus dalam bakul ni. Malam nanti, baru asing dan simpan di tempat yang sepatutnya.
Cara ni memang jimat masa dan tak buat kita stress setiap kali tengok ruang tamu yang bersepah setiap masa.
Tak payah marah anak pun, ajar mereka letak barang dalam bakul pun dah cukup. Rumah jadi kemas, hati mak ayah pun tenang. Lagi best, rumah kemas setiap masa tanpa perlu susah hati kalau tetamu datang tiba-tiba.
Selain itu, bahagian dapur, meja makan atau sinki memang cepat kotor kalau tak dijaga. Jadi, setiap kali lepas guna terus lap meja atau sinki supaya kesan kotor tak sempat melekat lama.
Sediakan kain lap atau tisu di tempat senang capai untuk memudahkan kerja. Bila permukaan sentiasa bersih, dapur pun nampak berkilat dan selesa nak masak bila-bila masa.
Dapur yang bersih juga dapat mengelakkan bau yang kurang menyenangkan. Bonusnya, tetamu datang pun tak segan tunjuk dapur. Kesan kotor pun tak sempat jadi degil. Jadi kerja membersih pun akan jadi lebih mudah.
BACA : Ini 10 Setting iPhone Yang Boleh Jimat Bateri
4. Amalkan ‘satu masuk, satu keluar’
Ramai tak sedar tabiat membeli barang baru tapi tak buang barang lama adalah punca rumah cepat penuh. Mulai sekarang, cuba amalkan prinsip mudah.
Kalau beli baju baru, pilih baju lama untuk disedekahkan atau dibuang kalau dah lusuh. Sama juga untuk kasut, buku atau mainan anak. Rumah jadi lebih lapang, tak semak dan lebih mudah kita nak kemas.
Barang pun tak bertimbun tanpa digunakan. Hati pun rasa ringan bila tak simpan barang tak perlu. Ini juga boleh jadi cara didik diri untuk berjimat dan beli barang ikut keperluan dan bukan ikut nafsu.
Salah satu musuh dapur yang kemas adalah sinki penuh pinggan mangkuk kotor. Cuba biasakan basuh pinggan terus lepas makan atau terus susun dalam dishwasher kalau ada.
Sinki yang kosong buat dapur nampak kemas, bersih dan wangi. Lagipun, bila dapur bersih kita pun rasa seronok nak masak makanan sedap untuk keluarga.
Tak ada bau busuk dari sisa makanan pun satu bonus. Kalau anak-anak dah besar, ajar mereka basuh pinggan sendiri pun bagus. Ini juga boleh ringankan beban mak ayah daripada perlu kemas seorang diri.
6. Lap debu sambil lalu
Di samping itu juga, debu ni memang suka hinggap di mana-mana, di TV, rak dan almari. Kalau tunggu seminggu sekali baru nak kemas, memang tebal jawabnya. Jadi, letak kain microfiber di tempat senang capai.
Bila lalu, nampak habuk sikit lap terus. 2 minit je pun, tapi rumah sentiasa nampak bersih dan segar tanpa perlu tunggu hari cuti nak bersihkan semua sekali.
Cara ni pun jimat masa bila nak spring cleaning. Rumah bersih, kita pun rasa bangga bila ada tetamu datang. Malah, habuk kurang pun bagus untuk kesihatan seisi rumah.
Ramai yang tewas bab kain bertimbun. Baju yang dah kering kalau tak dilipat terus, confirm jadi gunung atas sofa atau katil. Akhirnya makan ruang dan buat rumah nampak serabut.
Jadi, lepas angkat kain terus lipat dan susun. Lagi cepat siap, lagi lega mata memandang. Malah tak payah pening cari baju bila nak cepat.
Bila almari teratur, pagi pun senang pilih baju kerja atau sekolah. Anak-anak pun boleh belajar tolong lipat, ringan sikit kerja ibu ayah.
Oleh itu, kalau kita amalkan tabiat-tabiat kecil ni setiap hari confirm rumah akan sentiasa kemas walaupun sibuk kerja atau anak ramai.
Tak perlu pun upah orang gaji atau makeover mahal-mahal. Cukup dengan disiplin dan konsisten. Rumah yang rapi akan buat kita rasa lebih tenang dan seronok.
Jadi, mula perlahan-lahan. Cuba satu tabiat dulu, biasakan, kemudian tambah lagi. Lama-lama, rumah yang sentiasa bersih dan kemas akan jadi gaya hidup kita sekeluarga.
Sumber : realsimple, VegOut