Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bateri telefon tahan lama
Gambar: AI/ImageFX

Tip: 6 Tabiat Korang Patut Tinggalkan Supaya Bateri Telefon Tahan Lama 

Hannah

Tip: 6 Tabiat Korang Patut Tinggalkan Supaya Bateri Telefon Tahan Lama

Pernah tak rasa macam bateri telefon cepat sangat habis walaupun baru je beli?

Sebenarnya, bateri memang antara komponen yang paling cepat ‘tua’ dalam mana-mana telefon pintar.

Tapi yang ramai tak sedar, kita sebenarnya boleh jaga bateri tu supaya tahan lebih lama.

Tak perlu pun guna aplikasi pelik-pelik. Cukup dengan tukar beberapa tabiat harian yang ramai orang tak sedar boleh rosakkan bateri.

1. Malas kemas kini (update) telefon

Ramai suka tangguh kemas kini sebab rasa tak penting. Tapi sebenarnya, update tu bantu telefon jadi lebih lancar dan jimat bateri.

Kalau tak update, sistem telefon jadi perlahan dan guna lebih tenaga. Akhirnya bateri cepat habis, dan korang kena cas lebih kerap. Bila cas terlalu kerap, bateri akan rosak lebih cepat.

2. Asyik guna telefon masa tengah cas

Ramai buat ni. Sambil cas, tangan tetap scroll TikTok, tengok video, main game.

Kalau korang guna telefon untuk benda ringan masa cas, tak ada masalah. Tapi kalau main game berat atau rakam video lama-lama masa cas, telefon akan jadi panas, dan ini boleh rosakkan bateri perlahan-lahan.

3. Guna pengecas atau kabel murah

Kabel dan pengecas yang murah, terutama yang tak ada sijil keselamatan, boleh merosakkan bateri secara senyap-senyap.

Kadang-kadang kabel tu bagi kuasa yang tak stabil, dan bateri terpaksa ‘bekerja keras’ untuk terima cas tu. Lama-lama, bateri pun cepat rosak.

4. Letak telefon di tempat terlalu panas atau sejuk

Telefon tak suka suhu melampau. Contohnya:

  • Kalau panas sangat (contoh tinggal dalam kereta tengah hari), telefon boleh berhenti cas sendiri untuk lindungi bateri.

  • Kalau terlalu sejuk, kadang-kadang bateri turun mendadak walaupun masih ada 50 peratus.

5. Selalu biarkan bateri habis sampai 0 peratus

Ramai suka guna telefon sampai bateri habis baru cas. Tapi ini sebenarnya buruk untuk bateri. Bateri telefon paling sihat bila dijaga antara 20 hingga 80 peratus.

6. Tak aktifkan ciri perlindungan bateri

Telefon sekarang dah bijak. Banyak jenama dah sediakan ciri jaga bateri automatik, tapi ramai tak pernah buka pun. Contohnya:

  • Samsung ada ciri Protect Battery – akan berhenti cas bila bateri sampai 85 peratus.

  • iPhone ada Optimized Battery Charging – telefon belajar waktu tidur korang dan cas perlahan-lahan untuk jaga bateri.

  • Pixel dan Android lain pun ada ciri cas pintar supaya bateri tak duduk lama sangat pada 100 peratus.

BACA: Ketahui Maksud “Amin” Selepas Bacaan Al-Fatihah – Bahagian Dakwah JAKIM

BACA: Elak Ucap “Tolong” & “Terima Kasih” Kepada ChatGPT, Ini Sebabnya

BACA: Terlalu Ramai Percaya AI, CEO OpenAI Dedah Perkara Mengejutkan Tentang ChatGPT

Sumber: MUO