Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Mat Salleh Peminat Tegar Proton, Pamer Koleksi Klasik Miliknya

Sofea
mat salleh peminat proton
Kredit: Jon Coupland Cars

Mat Salleh Peminat Tegar Proton, Pamer Koleksi Klasik Miliknya

Siapa sangka kereta jenama negara kita bukan sahaja diminati dalam kalangan rakyat tempatan, tetapi turut menjadi kegilaan peminat kereta dari luar negara.

Manakan tidak, ada kumpulan-kumpulan khas yang ditubuhkan di negara luar bagi peminat kereta Proton atau Perodua terutama di Britain. Mereka kebiasaannya memiliki model lama yang masih dijaga dengan baik dan bahkan digunakan bagi urusan harian.

Bercakap mengenainya, seorang lelaki dari Lincolnshire, United Kingdom, baru-baru ini berkongsi mengenai koleksi kereta Proton yang dipamerkan dan dijual di sana.

Menerusi akaun TikTok Jon Coupland Cars, lelaki tersebut merupakan pemilik kepada perniagaan jual beli kereta terpakai.

BACA: “Demo Kenal ‘Bare’”, Proton Saga Black Knight Milik ‘Mat Saleh’ Ini Menang Pertandingan Kereta Lama UK

Mengakui sangat meminati model kereta Proton, dia menunjukkan beberapa buah kereta Proton di belakangnya. Menurutnya, kereta-kereta tersebut akan dibawa untuk menjalani ujian di Kementerian Pengangkutan (MOT).

Untuk pengetahuan, kenderaan yang berusia lebih tiga tahun diwajibkan untuk menjalani ujian tahunan di negara tersebut bagi memastikan kenderaan terbabit selamat dan sesuai digunakan di jalan raya.

Mat Salleh Peminat Proton

“Belakang saya ini hanyalah sebahagian daripada koleksi Proton saya. Ya, saya sangat suka kereta Proton.

“Seperti yang anda boleh lihat, ada tiga buah kereta Proton yang sangat berbeza. Kenapa semuanya dikeluarkan hari ini? Sebenarnya, semuanya akan dibawa untuk menjalani ujian MOT.

“Dua daripadanya sudah lama tidak digunakan, hampir setahun iaitu Proton Impian dan Satria. Satu lagi adalah kereta istimewa saya, Proton Black Knight,” katanya.

Ujarnya lagi, kereta-kereta tersebut menjalani ujian pada hari yang sama.

Dalam pada itu, video penuh berkaitan ujian itu akan dimuat naik di saluran YouTube miliknya tidak lama lagi.

Menelesuri kandungan videonya di TikTok, Jon sering memuat naik video berkaitan kereta Proton miliknya. Malah, ada juga kereta yang dipromosi untuk dijual.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia yang teruja melihat orang luar memiliki jenama kereta kebanggaan negara.

“Proton di persada dunia,” kata seorang netizen.

“Orang Malaysia kata demo kenal bare bossku,” kata seorang lagi.

Menariknya juga, Jon sebelum ini pernah menjuarai pertandingan yang melibatkan kereta lama iaitu Hagerty Festival of the Unexceptional 2021. Dia berjaya mengalahkan peserta lain selepas mempamerkan kereta Black Night Edition miliknya.

Sumber: Jon Coupland Cars