Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pejabat FIFA Pindah Ke Indonesia
Bermula 1 September ini, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan akan memindahkan operasi serantaunya ke Indonesia, sekali gus menutup pejabat di Malaysia dan Singapura.
Difahamkan, ibu pejabat baharu FIFA di Jakarta bakal menjadi pusat utama bagi rantau Asia Tenggara (ASEAN).
Langkah ini dipercayai didorong oleh hubungan erat antara Presiden FIFA, Gianni Infantino, dan Presiden Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, selain tawaran kemudahan lengkap serta lokasi strategik oleh negara tersebut.
Bola sepak Indonesia atau lebih dikenali sebagai “Sang Garuda” dilihat semakin ke hadapan dengan penstrukturan terbaik, selain berada di landasan tepat untuk mencipta sejarah ke Piala Dunia 2026.
Penubuhan Jakarta sebagai hab serantau bukan sahaja akan memperkukuh pembangunan bola sepak di Indonesia. Malah, ia turut berperanan sebagai pusat penyelarasan bagi 21 persatuan bola sepak dari seluruh Asia Tenggara dan Asia Timur.
Infantino menjelaskan bahawa langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi FIFA untuk memperluas pengaruhnya di rantau ini.
Ia adalah selaras dengan visi global untuk merancakkan pertumbuhan bola sepak secara seimbang di seluruh dunia.
Beliau turut memuji usaha pembaharuan dalam bola sepak Indonesia dan mengiktiraf kemajuan negara itu dalam menangani pelbagai cabaran dalaman.
Menurutnya, keputusan menubuhkan hab serantau di Jakarta mencerminkan komitmen jangka panjang FIFA terhadap pembangunan bola sepak Asia.
Sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan projek pembangunan yang dilaksanakan, PSSI turut menerima Anugerah Emas FIFA Forward.
Anugerah ini diberikan atas keberkesanan pelaksanaan projek termasuk penubuhan pusat latihan kebangsaan baharu di Nusantara, ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur.
BACA: Piala Mandiri ASEAN B-23: Bakal Berdepan Malaysia, Ini Kata Kelab Penyokong Indonesia
Sumber: Stadium Astro